10 di kota marudu - Google Blog Search |
- Mia - Memories of Mine: kejadian kereta terbakar <b>di Kota Marudu</b>
- Banjir Kilat <b>Di Kota Marudu</b> Semakin Pulih | MyNewsHub
- Kes Buang Bayi <b>di Kota Marudu</b> - I LOVE MARUDU
Mia - Memories of Mine: kejadian kereta terbakar <b>di Kota Marudu</b> Posted: 26 Mar 2013 10:34 PM PDT Nak kongsi kejadian yang berlaku pada malam 25hb mac lebih kurang jam 8.00 malam....sebuah perodua kenari rentung terbakar berdekatan dengan jalan masuk ke rumah owner blog ni....nasib baik pemandunya sempat keluar....menurut cerita orang2 yang melihat kejadian tu, kereta tu sebenarnya sedang dibaiki di bengkel dan pekerja bengkel sedang memandu uji kereta tersebut...tetapi mungkin ada yang salah dalam pendawaian menyebabkan kereta tiba2 terbakar.....abisslah 'menangis' ownernya tu dan abisslah bengkel tu nak membayar ganti ruginya..... keadaan kereta yang terbakar.....aku sempat nampak letupan kecil daripada enjin kereta tersebut... Keadaan menjadi sesak sebab orang ramai takut untuk melintas, bimbang berlaku letupan lagi....termasuk kamilah tu sebab masa ni kami mo ke Pekan Goshen kiranya nak makan malam sama2 dengan family di kampung....15 minit kemudian bomba sampai untuk padamkan kebakaran..... Sekian laporan dari aku....cehh macam beritalah pulak.... Note : Tq Nuffnang sebab bagi satu lagi BE baru walaupun aku cuti dua hari.....sudi2 kliklah iklan Olay tu yek..... Terima kasih daun keladi.... (^_^) |
Banjir Kilat <b>Di Kota Marudu</b> Semakin Pulih | MyNewsHub Posted: 23 Feb 2013 07:23 PM PST [unable to retrieve full-text content]KOTA MARUDU – Banjir kilat yang berlaku semalam menjejaskan 14 kampung di Kota Marudu tetapi keadaan kembali pulih sekitar 6 petang tadi. Banjir yang berlaku itu mengejutkan penduduk memandangkan hujan yang ... |
Kes Buang Bayi <b>di Kota Marudu</b> - I LOVE MARUDU Posted: 27 Feb 2013 06:39 AM PST 26 Feb 2013 KOTA MARUDU: Tanda tanya mengenai tangisan bayi yang kedengaran di sebuah ladang kelapa sawit di belakang bangunan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, akhirnya terjawab dengan penemuan seorang bayi perempuan oleh sepasang suami isteri, petang Ahad lalu. Bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu dikatakan ditemui pasangan itu yang secara kebetulan berada di tempat berkenaan sekitar jam 5.30 petang. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof, berkata pasangan suami isteri terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan ke rumah rakan mereka dan melalui lokasi itu. "Ketika si suami berhenti untuk membuang air kecil, mereka terkejut mendengar tangisan bayi di kawasan berkenaan. Mereka kemudian bergegas ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian itu. "Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kemudian dikerahkan ke lokasi dan menemui bayi itu yang dalam keadaan tertiarap, namun didapati masih hidup dan bertali pusat," katanya ketika dihubungi kelmarin. Menurut beliau, siasatan awal mendapati bayi berkenaan dilahirkan pada hari sama berikutan terdapat kesan darah pada anggota badan selain urinya masih lembab. Mohd Isa berkata bayi itu sudah dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil. "Kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi IPD Kota Marudu di talian 088-622449 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Zulkairi, 012-8344368," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Sumber: Utusan Borneo |
You are subscribed to email updates from di kota marudu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan