10 di kota kinabalu - Google Blog Search |
- Elak Sewa Kereta Murah <b>Di Kota Kinabalu</b> | Premium Beautiful <b>...</b>
- Sahabat-Gunung: Polis Nafi Laporan Penceroboh <b>Di Kota Kinabalu</b> <b>...</b>
- Polis nafi laporan penceroboh <b>di Kota Kinabalu</b>, Tawau
Elak Sewa Kereta Murah <b>Di Kota Kinabalu</b> | Premium Beautiful <b>...</b> Posted: 06 Feb 2013 12:33 AM PST Masa dari Kudat nak ke Kundasang, singgah kat stesyen minyak (pam pusing-kampung style, korang fahamkan .. hehehe) ada sorang pemandu tegur, tayar belakang macam kurang angin. Disebabkan kat situ, tak ada pam, kami teruskan, dan tiba di Kota Belud, tak sempat nak singgah pam minyak, tayar pancit. Masa tu, berpeluh jugak la menunggu abang tukar tayar spare, dah la matahari terpacak atas kepala. Dah tukar, terus cari kedai tayar kereta dengan harapan dapat tampal, tayar kereta yang bocor. Bila mekanik kedai kereta check, dia cakap tak boleh tampal lagi, condition tayar dah teruk ! Bunga dah haus dan terkopek, dan dia cadang, tukar tayar baru. Lepas cakap, kereta ni kereta sewa, dia nasihatkan call agen tu dulu untuk makluman. Lepas abang call, cakap tayar tak boleh tampal. Tetiba je dia cakap "Tayar elok, kenapa nak tukar" Ehh .. macam tu pulak. Kat kedai ni la kami tukar tayar tu. Service .. memang tip top ! So, abang minta dia cakap dengan mekanik tu sendiri. Korang tau, ada ke patut, agen tu minta kami bawa tayar asal pulang ke Kota Kinabalu. Dah la naik kereta 5 orang, dengan beg lagi. Mana nak sumbat tayar lama tu ! Tak kan nak letak atas bumbung ! Perut tengah lapor, yang ingat, nak singgah kat KFC je lepas ni .. hehehe Lepas dah tukar tayar baru, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Mula-mula, happy la, sebab dah setel, tapi bila sampai kat Kota Kinabalu, agen call, cakap owner kereta tak nak bertangungjawab dan hanya cover 50 peratus dari kerosakan sahaja. Meaning harga tayar RM170, dia hanya cover separuh saja iaitu RM85 sahaja. Baki ditanggung oleh penyewa. Pehhh .. marah jugak masa tu, tapi abang cakap tak pe la. Malas nak bertekak ! Datang pun nak happy-happy. Nasib baik la masa tu, kami masih berhutang 1 hari sewa kereta, so lepas tolak kos tukar tayar, kami cuma perlu bayar sikit sahaja. Kiranya memang menyesal jugak la sewa kereta murah di Kota Kinabalu ni. Kalau tau, lebih baik sewa kereta dengan syarikat kereta sewa berdaftar. Mahal sikit, tak pe la, asalkan selamat dan keadaan kereta ok. Nie, lain pulak jadinya. Aku pun, pada mulanya memang bercadang nak promote kereta sewa tu, tapi lepas apa yang terjadi, terus tak jadi. Malas la ! Dah la service kereta pun tak ikut time yang disyorkan, lepas tu, kena bayar extra pulak. Baik aku promote benda lain, lagi bagus .. lagi best ! Oh ya, kalau ada yang nak sewa kereta, atau perlukan pemandu kereta untuk hantar naik Gunung Kinabalu, better call person dibawah ni. Dia boleh berikan sewa kereta terbaik untuk ada. Nak minta diskaun , tu kena tanya dia sendiri okey. *untuk menyewa, pelanggan perlu sediakan satu salinan IC dan lesen memandu (berpalang), dan serahkan semasa ambil kereta sewa. - Elok sangatkan tayar kereta atas tu .. terbaik dari ladang ... :( |
Sahabat-Gunung: Polis Nafi Laporan Penceroboh <b>Di Kota Kinabalu</b> <b>...</b> Posted: 28 Mar 2013 12:00 AM PDT Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu. Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar. "Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya. Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah. "Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya. Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas. Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Feb lepas. Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac. |
Polis nafi laporan penceroboh <b>di Kota Kinabalu</b>, Tawau Posted: 07 Mar 2013 09:35 PM PST asional LAHAD DATU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu. Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan SMS, kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, adalah tidak benar. "Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan oleh polis dan ia tidak betul," katanya. Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Felda Sahabat 16, dekat sini, Ismail menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat yang tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah. "Kalau maklumat yang tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya," katanya. Ismail sekali lagi menegaskan bahawa keadaan keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan orang ramai tidak perlu cemas. Sehingga kini 52 penceroboh militan terbunuh dalam Op Daulat sejak insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari bandar Lahad Datu 12 Februari lepas. Lapan anggota polis terkorban dalam tempoh itu iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam kejadian serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada 2 Mac. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di kota kinabalu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan