ads

Khamis, 11 April 2013

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


MalaysiaDaily: Polis Tahan Sembilan Individu <b>Di Beluran</b>

Posted: 11 Apr 2013 06:07 AM PDT

Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan di beberapa kawasan di Beluran pada malam Selasa dan pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dalam tangkapan jam 8 malam dan 10 pagi itu, membabitkan tujuh rakyat asing dan dua warga tempatan. Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa senjata seperti parang, dokumen dan wang tunai dalam tangkapan berkenaan.

"Kita telah menahan tujuh lelaki dan dua wanita dalam tangkapan berasingan itu yang kesemua berusia lingkungan 20an hingga 50an di sebuah kampung di kawasan Beluran kerana dipercayai mempunyai petunjuk dan keterangan-keterangan terlibat dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina ini.

"Mereka semua kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sandakan dan siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hamza mendedahkan pasukan keselamatan telah mengebumikan 17 mayat pengganas di satu lokasi kelmarin.

"Untuk makluman, pihak pasukan keselamatan telah mengkafan, memandikan serta disolat-jenazahkan pada hari ini (kelmarin) dan dikebumikan di satu kawasan di Sabah ini," katanya. -Sabahkini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved