ads

Khamis, 14 Mac 2013

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Sambutan luar biasa BL1M <b>di Tenom</b> ~ Macam Di KK

Posted: 03 Feb 2013 07:13 AM PST

JAMAWI Jaafar (tengah) dikerumuni para belia untuk mendapatkan borang Bantuan Lesen 1Malaysia di Tenom, semalam.

TENOM Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat sambutan hebat daripada golongan muda di daerah ini apabila lebih 1,000 belia mendapatkan borang itu yang diedarkan oleh Pemuda UMNO bahagian ini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO bahagian, Jamawi Jaafar berkata, sambutan luar biasa itu membuktikan rakyat amat menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih ramai rakyat memperolehi lesen memandu.

Katanya, BL1M bertujuan membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

"Mereka yang berdaftar dan berumur antara 17 dan 40 tahun akan menikmati diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka perlu membayar sebanyak RM199 sahaja.

"Pada masa ini kos untuk mendapatkan lesen B2 adalah berjumlah RM380 dan menerusi program ini kira-kira 500,000 rakyat di seluruh negara akan menikmati BL1M," katanya ketika ditemui selepas program itu.

Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, BL1M merupakan bukti BN bukan sekadar berpolitik dan retorik, tetapi melaksana sesuatu untuk golongan muda.

Sehubungan itu, beliau berharap golongan muda menghargai usaha-usaha yang telah dan akan terus dilaksanakan oleh BN kepada mereka dengan menzahirkan sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Katanya, borang permohonan BL1M boleh didapati menerusi www.bl1m.my dan www.myeg.com.my atau menghubungi talian 03-78018888 atau pejabat Pemuda BN seluruh negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130202/wb_03/Sambutan-luar-biasa-BL1M-di-Tenom#ixzz2JqiDCADK
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved