ads

Ahad, 3 Mac 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kawekaki Motor: NSRC CNY RIDE aka <b>TAWAU</b> RIDE 2013 (DAY 3 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 05:36 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

11.02.2013 - Hari ini merupakan hari terakhir dalam jadual kami. Perjalanan hari ini adalah dari Tawau terus ke Limbang melalui jalan Kalabakan-Keningau. Perjalanan untuk hari ini sebenarnya agak mencabar sebenarnya kerana kami akan melalui jalan batu yang belum berturap. Jika diikut pada cerita kawan-kawan yang pernah menggunakan pacuan 4 roda yang melalui jalan tersebut, jalan tersebut dikatakan tidaklah seteruk dahulu.

Dengan mempertaruhkan nasib dan yakin dengan cerita dari kawan-kawan, kami mengambil keputusan untuk melalui jalan tersebut. Pada mulanya kami agak risau dengan keputusan yang kami ambil, tetapi rasa takut itu kembali reda apabila kami dimaklumkan oleh rakan-rakan TBBOC bahawa salah seorang rakan dari TBBOC iaitu saudara Shahril dan Isteri juga akan ikut dengan pacuan 4 roda kerana beliau secara kebetulan juga ingin ke Keningau tetapi beliau akan bergerak sekitar jam 8 pagi. Ini sedikit sebanyak memberi kami kekuatan dari segi mental walaupun saudara Shahril bergerak agak lewat.

Seperti yang dijadualkan, kami mula berkumpul di lobi hotel pada jam 5.30 pagi untuk persediaan sebelum bertolak tepat jam 6 pagi. Sebelum bergerak kami mulakan dengan sedikit bacaan doa dan taklimat tentang laluan dan kondisi jalan yang akan dilalui. Perjalanan kami pada pagi itu ditemani oleh rakan-rakan dari TBBOC iaitu saudara Ruly. Sis Malinda, saudara Zainal dan bro Tola yang akan menghantar kami sehingga ke Kalabakan..

Simpan dulu yang mana patut
Masing-masing sibuk dengan bike dan pack barang

Bacaan doa oleh saudara Nazri sebelum memulakan perjalanan.

Sedikit taklimat dari kawe selaku ketua konvoi
Kak Linda seperti biasa sebagai marshal kami sebelum saudara Ruly mengambil alih

Kawan-kawan lain setia dibelakang

Saudara Ruly dan Zainal antara yang tak jemu melayan kami semasa di tawau

Melalui jalan ladang sawit sebelum sampai di Kalabakan

Saudara Ruly menunjukkan box yang digunakan oleh seorang penunggang motorsikla. Kalah box kawe

Setelah hampir sejam menunggang, kami akhirnya singgah di sebuah gerai makan di tepi jalan untuk bersaraan pagi. Kawe dimaklumkan oleh saudara Ruly bahawa itu adalah kampung beliau (nama kampung kawe lupa la pulak...). Untuk menjimatkan masa, kami meminta satu jenis minuman sahaja iaitu kopi dan hanya makan kuih yang telah terhidang diatas meja gerai.
Singgah di gerai untuk bersarapan

Kawe, wife kawe dan Kak Linda
Tembak gambar ramai-ramai skali...
Setelah setengah jam di gerai makan, kami kembali meneruskan perjalanan untuk ke Kalabakan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja lagi. Perjalanan kami menuju ke Kalabakan banyak melalui selekoh di kawasan ladang sawit. Pun begitu perjalanan kami tetap selesa kerana tidak banyak kenderaan yang lalu lalang ditambah dengan keadaan jalan yang boleh dikatakan cantik sehingga kami terlupa bahawa ada 'sesuatu' yang menanti diperjalanan kami. 

Matahari mula memancarkan sinar
Saudara Ruly marshal kami dengan misi agar perjalanan kami selamat
Pada jam 8 pagi kami akhirnya sampai di Kalabakan setelah genap 2 jam bergerak dari hotel tempat kami menginap. Dari Kalabakan kami dihantar oleh wakil dari TBBOC menuju ke kawasan jalan berturap yang terakhir sehingga kami menemui jalan berbatu halus. Jalan dari Kalabakan yang kawe lalui kali ini betul-betul cantik dengan tar yang masih lagi hitam berminyak. Benarlah kata kawan-kawan bahawa jalan ini kini dalam proses pembaikan. Jika dalam entry lepas, semasa kawe melalui jalan ini, jalan ini masih lagi berbatu kasar dan rosak agak teruk.
Bulatan Kalabakan. Kami akan menggunakan laluan Sepulot
Jalan yang baru siap dengan selekoh-selekoh yang mampu menggugat nafsu untuk meleper

Jalan yang sama yang kawe lalui bulan JULAI 2012.Waktu itu keadaan jalan teruk

Awan yang cerah menemani kami. Peace yoo....

Rakan-rakan dibelakang kawe

Konvoi sentiasa dalam jarak yang selamat


Jalan macam ular kena palu





Dalam keseronokan melayan sedikit selekoh dijalan yang baru diturap, kami akhirnya sampai dipenghujung jalan yang diturap. Kami berhenti di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan dari TBBOC kerana sudi menghantar kami hingga kesini. Jika dianggarkan perjalanan dari Tawau sejauh lebih 100 Kilometer.
Berhenti sebelum mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan TBBOC
Bergambar bersama kawan-kawan dari TBBOC


Bersedia untuk memulakan kembali perjalanan
Fredie n wife bersiap sedia untuk gerak
Perjalanan kami diteruskan lagi dan kali ini kami melalui kawasan jalan yang berbatu dan kawe dimaklumkan kami akan melalui kawasan yang berbatu ini sejauh 80 kilometer sebelum kami akan menemui kembali jalan berturap di Sepulot. Sebelum kami melangkau perjalanan yang jauh, kami harus melalui Meliau Basin terlebih dahulu dengan jarak sejauh lebih 40 kilometer.
Kali ini jalan menuju ke Meliau Basin sedikit menyenangkan hati kawe kerana tidak lagi seteruk yang kawe lalui pada tahun 2012. Apa yang kawe risaukan sekarang adalah soal mental kawan-kawan lain yang sememangnya kali pertama melalui jalan yang seumpama ini. Tapi kawe yakin mereka pasti mampu melaluinya kerana daripada perbincangan semasa di Tawau, semuanya menunjukkan semangat yang tinggi untuk melalui jalan dari Kalabakan ke Sepulot.
Syukur... Kali ini cuma jalan berbatu halus yang padat

Kami sentiasa dekat. Bimbang takut-takut apa-apa terjadi pada rakan-rakan di belakang


Cikgu Adi n Fredie potong kawe
Masa ni kawe berhenti tunggu saudara Nazri di belakang



Melalui kawasan kem pembalakan. Semuanya tutup sempena CNY

Jalan yang banyak melalui perubahan berbanding tahun sebelumnya

Yuhanis... Antara V1000 yang pertama yang melalui jalan ini

Tugas kawe memastikan kawan-kawan selamat dibelakang


Fredie n wife n Cikgu Adi


Syukur cuaca yang menyebelahi kami

Kawan-kawan mula jauh dibelakang


Kawe menanti kawan-kawan yang jauh dibelakang

Yuhanis n wife... hati-hati boss...
Lebih kurang jam 9.30 pagi, konvoi kami akhirnya sampai di Meliau Basin dan kali ini kami mengambil peluang untuk berhenti seketika sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Sepulot. Peluang ini kami gunakan untuk berehat dan merakam sedikit gambar kenangan di Meliau Basin.


Wife kawe berlatar belakangkan pejabat perhutanan Sabah di Meliau Basin

Fredie n wife @ Meliau Basin
Saudara Nazri @ Meliau Basin
Cikgu Zakaria @ Meliau Basin
Yuhanis n wife @ Meliau Basin

Tak cukup tido ke Cikgu...
Nyaman tidurnya saudara Nazri kita

Pejabat Perhutanan Sabah atau Taman-Taman Sabah di Meliau Basin
Setengah jam kami di Meliau Basin, kami akhirnya bersedia untuk memulakan kembali rencana kami untuk sampai di Sepulot. Sewaktu kami ingin bergerak meninggalkan Meliau Basin, kelihatan sebuah kenderaan pancuan 4 roda datang dan tenyata itu adalah saudara Sharil dan isterinya iaitu Kak Shanti.

Dengan adanya saudara Sharil mengekori dibelakang, sedikit sebanyak memberi kelegaan pada kami kerana majoriti bike kami telah menunjukkan tanda-tanda bakal kehabisan minyak kerana kali terakhir kami mengisi minyak iaitu semasa dui Tawau sewaktu untuk ke Majlis Rumah Terbuka CNY. Kawe bukan apa, cuma takut tempat yang menjual minyak yang berada di Salarom Taka yang memakan jarak sejauh 40 kilometer tutup. Jadi bolehlah saudara Sharil membantu kami jika keadaan luar jangka ini berlaku.

Perjalanan kami dari Meliau Basin ke Sepulot kali ini agak sedikit mencabar bagi kami kerana jalan yang kami lalui bukanlah seselesa perjalanan menuju ke Meliau Basin. Ini memaksa kami untuk memecut pada kelajuan 40-50km/j sahaja kerana terdapat lubang dan batu-batu timbul yang besar ditengah jalan.

Bergerak meninggalkan Meliau Basin
Jalan yang sedikit rosak selepas Meliau Basin

Melepasi halangan dengan berhati-hati

Sedikit lagi jalan yang rosak. Kali ini agak licin dengan lumpur

Jalan yang sedikit berlumpur. Kelihatan dari jauh saudara Shahril setia mengekori kami

Jalan yang berbatu haluskadang-kadang licin terutama semasa menuruni bukit
Nampak macam elok je jalannya dalam gambar

Sesekali melalui jalan berlubang besar

Saudara Nazri... Buka jaket ye bang... Panas ke...


Cikgu Zakaria berdiri ye boss...

Pastikan kelajuan selamat

Kali ini laju pula saudara Nazri ikut kawe

Masing-maing tak nak jauh. Abang Shahril ikut dengan pacuan 4 roda

Masih melalui kawasan hutan. 

Sebelum sampai di Salarom Taka
Berlatar belakangkan hutan hujan tropika

Lebih kurang jam jam 11.30 pagi selepas mengharungi perjalanan yang sedikit membuat kami sengsara, kami akhirnya sampai di Salarom Taka dan kami bertuah kerana jalan dari Salarom Taka ke Sepulot mula berbatu halus yang padat. Ini membolehkan kami memecut lebih laju sedikit dari kelajuan kami sewaktu bergerak dari Meliau Basin.

Semasa di Salarom Taka, kami berhenti untuk mengisi minyak disebuah rumah penduduk kampung disitu. Boleh dikirakan bahawa kami bernasib baik kerana ada beberapa buah bike telah menunjukkan amaran tanda minyak dalam tangki akan habis.

Mula memasuki jalan yang sedikit rata dengan batu halus


Kami mengisi minyak supaya boleh sampai terus ke Keningau. RM 2.00 untuk satu liter

Jalan berbatu yang selesa bagi kami

Melalui kawasan jambatan yang masih dalam pembinaan. Inilah tempat Haji Rahmat terjatuh dahulu masa trip kawe ke Tawau melalui Kalabakan.

Lain macam je cuaca didepan sana

Fredie... Antara yang setia dibelakang kawe
Akhirnya kesengsaraan kami berakhir apabila kami sampai di Sepulot dan mula menjejakkan tayar bike kami diatas jalan  bertar yang pertama untuk ke Keningau pada jam 12 tengahari. Selepas 1 kilometer menjejakkan tayar kami pada jalan tar, kami berhenti dibahu jalan bagi merehatkan badan dan untuk meminyakkan rantai bike yang telah kering kerana terkena kesan debu.
Akhirnya... Jalan tar pertama yang kami sentuh

Inilah kampung tempat kami berhenti
Mencari tempat teduh dalam kepanasan matahari

Bersedia untuk memulakan kembali perjalanan

Setelah setengah jam kami melepaskan lelah, kami akhirnya bergerak lagi dan kali ini kami akan terus ke Keningau melalui jalan Sook-Nabawan-Keningau. Perjalanan kami ke Keningau benar-benar mengembirakan kami kerana keadaan jalan yang betul-betul bagus ditambah dengan keadaan trafik yang tidak sibuk. Ini membolehkan kami bergerak dengan kelajuan yang selesa dan selamat.
Masa ni kelajuan lebih kurang 120km/j.  

Kali ini Cikgu Zakaria pula menjadi pengikut setia kawe
Jika dapat tengok papan tanda dibelakang itulah jarak yang telah kami lalui 
Kali ini kawe pula jadi pengikut Cikgu Zakaria
Macam tak cukup je ahli konvoi ni...
Pada jam lebih kurang 1.30 tengahari, kami akhirnya sampai di Keningau dan kami mengambil keputusan untuk makan tengahari terlebih dahulu di Restoran Haji Rahmat II di Keningau. Kami juga bernasib baik kerana sewaktu kami sampai kelihatan Haji Rahmat berada di restoran milik beliau dan dengan bermurah hati beliau menaja kami sup gear box untuk kami.Dalam kekenyangan kami berehat di restoran Haji Rahmat hampir sejam lebih sebelum meneruskan lagi perjalanan. 
Kami semua yang kelaparan

Kami meneruskan semula perjalanan pada jam 3.00 petang dan seperti biasa kami akan menggunakan jalan Tenom-Sipitang-Lawas-Limbang tetapi sebelum itu kami mengisi minyak terlebih dahulu di Petronas Keningau. Perjalanan kami menuju ke Lawas dan Limbang mula ditemani hujan yang agak lebat dan kami bersyukur kerana hujan yang turun tidak mencurah semasa kami melalui jalan Kalabakan-Sepulot.

Konvoi kami akhirnya sampai di Lawas pada jam 5.00 petang dan bagi kawan-kawan yang ke Limbang sampai satu jam lewat iaitu pada jam 6.00 petang. Secara keseluruhan perjalanan kami utuk pulang ke destinasi telah menjimatkan jarak kami sejauh lebih 200 kilometer berbanding jalan yang kami gunakan pada hari pertama. Walaupun sedikit kepenatan kami sebenarnya puas kerana apa yang kami lakarkan ini sebenarnya telah menjadi sejarah baru bagi diri kami kerana langkah kami pada hari ini adalah untuk larian pada hari esok..... Sekian.


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved