ads

Jumaat, 15 Mac 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Anak Negeri: Isu <b>di Tawau</b> ada dalang yang cuba bocorkan <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2013 03:51 AM PST


Al- Fatihah kepada 2 wira negara ASP. Zulkifli dan SJN Sabaruddin yang telah kembali kerahmatullah demi mempertahankan kedaulatan negara. Tindakan Penceroboh Sulu boleh dilabelkan tindakan pengecut kerana melakukan tipu helah dengan mengangkat bendera putih.

khabarnya perkara tersebut berlaku atas kebocoran maklumat dalaman kepada pihak sulu. Sekiranya perkara ini benar mereka yang terlibat hendakalah dikenakan hukuman paling berat.

Semoga kedua-dua pejuang tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..

Kibar bendera putih perangkap anggota komando


PETALING JAYA — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.
Perdana Menteri berkata, perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.
Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.
Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.
Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.
"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ia adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, hari ini.
Pesawat Charlie 130 TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada pukul 12.30 tengah hari tadi
Kedua-dua jenazah itu kemudian dibawa pulang oleh keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing.
Jenazah Zulkifli diiiringi oleh balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelakinya berusia satu dan empat tahun manakala jenazah Sabarudin diiringi oleh balunya, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak mereka.
Jenazah Zulkifli diterbangkan dengan pesawat CN235 TUDM dari Subang ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang Ikan, Jertih untuk disembayangkan.
Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih selepas solat Asar nanti.
Jenazah Sabarudin pula dibawa pulang ke kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. — BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved