10 di tawau - Google Blog Search |
Pemuda ditembak mati <b>di Tawau</b>, kawan cedera. - CariGold Forum Posted: 22 Jan 2013 03:49 AM PST
|
|
Kawekaki Motor: NSRC CNY RIDE aka <b>TAWAU</b> RIDE 2013 (DAY 2) Posted: 13 Feb 2013 06:33 AM PST Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 10.02.2013 - Hari ini merupakan hari kedua dalam kalendar jadual kami dan kawe bangun agak lewat tanpa bersarapan. Mungkin nak kata kepenatan tidak juga tapi mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan kawe untuk tidak bersarapan terlalu awal. Jika diikutkan, beberapa program telah direncanakan untuk kami semua oleh pihak TBBOC. Acara pertama yang dirangka adalah untuk melawat rumah terbuka seorang ahli TBBOC sempena Tahun Baru Cina. Kami bergerak lebih kurang jam 10 pagi dan diketuai oleh Kak Linda sebagai marshal. Kak Linda marshal kami di Tawau Wife Yuhanis dan Wife Fredie. Pertama kali membonceng sejauh ini. Dalam perjalanan menghadiri rumah terbuka Berhenti mengisi minyak petrol sebelum gerak NSRC di rumah terbuka saudara Lee salah seorang ahli TBBOC Kedatangan lori yang membawa rombongan Tarian Singa Membakar mercun sebaik Tarian Singa bermula Bini-bini perkasa aka pillion tegar Tarian Singa dihadapan tetamu dan tuan rumah Tiga buah bike yang diberi penghormatan untuk parking dalam rumah Cikgu Adi dan Cikgu Zakaria @ Nyo Selesai menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina saudara Lee, kami seterusnya bergerak kerumah salah seorang lagi ahli TBBOC dan kali ini sempena upacara aqiqah anak beliau. Kunjungan kami kesana ditemani dengan sedikit hujan. Walaupun tidak berapa lebat tetapi mampu membuatkan kami sedikit lembab. (GAMBAR TIADA SEBAB KAMERA KAWE SIMPAN SEBAB HUJAN DAN LUPA KELUARKAN DARI SIDE BOX) Selesai menghadiri upacara aqiqah tersebut kami bergerak balik semula ke hotel tempat kami menginap. Jika diikutkan pada rancangan asal, kami akan bergerak untuk ke Sempoerna tetapi terpaksa kami batalkan atas beberapa faktor. Oleh kerana itu, ini sedikit sebanyak memberi kami sedikit masa untuk berehat dan melakukan aktiviti sendiri sehingga jam 5 petang kerana pada jam 5 petang kami akan dibawa oleh rakan-rakan TBBOC untuk meronda sekitar Tawau. Seperti yang dijanjikan, tepat jam 5 petang kelihatan beberapa rakan bikers dari TBBOC telah menunggu kami di tempat parking bike. Tanpa menunggu lama kami seterusnya dibawa melawat sekitar Tawau dan antara lokasi wajib adalah di 0KM Tawau. Rakan-rakan dari TBBOC yang menunggu kami Tempat parking bike didepan hotel Mula bergerak untuk jalan-jalan sekitar Tawau Keadaan Tawau yang sunyi sempena Tahun Baru Cina. Banyak kedai tutup dari beroperasi Konvoi dalam kelajuan yang perlahan Deretan bike yang disusun Kawe, Cikgu Adi dan Saudara Nazri Kawe berborak dengan Bro Rosli. Membincangkan projek mega. Hahahaha Saudara Nazri dan saudara Ruly orang kuat TBBOC Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak balik Dari 0KM Tawau, kami kini bergerak semula menuju ke hotel tempat kami menginap dan selepas itu kami terus ke Tawau Kopitiam untuk makan malam bersama-sama dengan ahli TBBOC. Kami mengambil keputusan untuk makan malam awal kerana kami ingin balik awal ke hotel untuk berehat kerana pada keesokan harinya kami akan memulakan perjalanan awal pagi sekitar jam 6. Antara ahli-ahli TBBOC yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami Makanan dah sampai.... Nasi goreng kampung dengan ayam goreng. Terbaikkkk... Pillion bergambar sebelum kami balik ke hotel untuk berehat Selesai makan di Tawau Kopitiam, kami berjalan kaki balik ke hotel yang terletak lebih kurang 100 meter sahaja. Tetapi sebelum balik ke bilik masing-masing, terdapat tugas yang perlu kami selesaikan iaitu untuk memeriksa keadaan bike kami supaya agar semuanya selamat untuk mengharungi perjalanan yang agak mencabar pada keesokan harian. Berbincang sedikit mengenai perjalanan pada esok hari Membeli sedikit bekalan untuk bersarapan pagi Sedikit keadaan Tawau pada waktu malam Setelah semua urusan selesai kami bergerak balik ke bilik masing-masing untuk berehat. Sesampai dibilik kawe termenung panjang memikirkan keadaan jalan dan cuaca untuk hari esok kerana jalan yang akan kami lalui mampu melemahkan mental dan fizikal kami.... |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan