ads

Rabu, 27 Mac 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Lelaki Filipina ditahan <b>di Ranau</b> disiasat mengikut Akta Pasport <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 05:27 AM PST

Posted on January 29, 2013, Tuesday

KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki warganegara Filipina di daerah Ranau baru-baru ini tidak mempunyai sebarang agenda tuntutan atau tekanan daripada pihak tertentu, tegas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Menurut beliau, tangkapan terbabit dilakukan setelah suspek terbabit memiliki identiti meragukan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (1) (d) Akta Pasport 1966.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tangkapan terbabit langsung tidak kena mengena dengan tuntutan daripada mana-mana pihak tertentu memandangkan beliau difahamkan suspek mempunyai kesalahan lampau di negara asal.

"Dakwaan pihak tertentu mengenai polis menahan suspek adalah ekoran ditekan, adalah tidak benar dan dakwaan itu sama sekali boleh menjejaskan kredibiliti kita dalam melaksanakan tugas.

"Setakat ini, saya telah periksa dengan Bukit Aman dan tiada sebarang permintaan rasmi daripada pihak negara Filipina berhubung suspek.

"Suspek hanya ditahan berikutan kita dapati dia mempunyai identiti meragukan dan masih ditahan mengikut Seksyen 12 (1) (d) Akta Pasport 1966," katanya sambil menambah, penahanan suspek adalah berlandaskan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, suspek yang berusia 40an berkenaan difahamkan kini diburu pihak negara Filipina ekoran terlibat dengan penipuan skim melibatkan kerugian berbilion mata wang peso.

Bagaimanapun, Hamza berkata pihak polis Sabah terbuka untuk membuka kertas siasatan sekiranya menerima permintaan rasmi daripada mana-mana pihak termasuklah dari negara Filipina.

"Kalau ada permintaan rasmi, kita akan berkerjasama. Sebab kita mahu memastikan keharmonian antara kedua negara terus terjalin," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Hamza berkata polis masih mengenal pasti motif penculikan melibatkan dua rakyat negara ini dalam tragedi di ladang kelapa sawit Felda Sahabat, Lahad Datu penghujung November tahun lepas.

Menurutnya, kerjasama antara polis dengan pihak berkuasa Filipina masih berterusan dalam memastikan kes itu diselesaikan secepat mungkin.

"Setakat ini kedua-dua mangsa yang telah diculik masih hidup.

"Bagaimanapun, motif penculikan atau permintaan wang tebusan daripada penculik belum lagi diketahui," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Dua maut dalam kemalangan <b>di Ranau</b> - The Borneo Post Online

Posted: 03 Feb 2013 03:01 PM PST

Posted on February 4, 2013, Monday

RANAU: Dua orang maut dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Km40, Jalan Ranau-Telupid kelmarin.

Yang terbunuh dalam kejadian jam 5 petang itu ialah Haris Palisan, 26, yang memandu kereta Myvi dan penumpangnya Fuzianah Dominding, 29.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Abdul Rahman Kassim dalam satu kenyataan berkata, kedua-duanya maut di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Ranau.

Haris merupakan pemandu bas sebuah syarikat pengangkutan sementara Fuzianah seorang guru yang berasal dari Kampung Rani Tenghilan, Tuaran.

Sementara pemandu kereta Nissan Navara yang turut terlibat, Lin Jia Yeh, 21, cedera pada paha kanan dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG SABAH: 10 <b>di ranau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2013 01:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Selamat Datang Ke <b>Kundasang</b>: Penginapan Homestay <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 08:03 AM PST

Assalamualaikum,


      Almeera Homestay mempunyai  sebuah rumah penginapan yang terletak di Kundasang. Dengan menginap di homestay kami, anda akan dapat bersama-sama keluarga di dalam sebuah rumah seperti berada di rumah sendiri dengan harga yang jauh lebih murah dan menarik berbanding jika anda sekeluarga menginap di hotel. Homestay ini amat sesuai untuk semua keluarga yang inginkan penginapan yang murah, bersih dan selesa semasa bercuti di Kundasang.




Lokasi

Almeera Homestay terletak di Kg Sinisian Kundasang Ranau. 






Lokasi penginapan berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti:
1) Kinabalu National Park  ( 5 minit )
2) Mt. Kinabalu Heritage, Resort & SPA ( 1 minit )
3) Pekan Kundasang ( 2 minit )
4) Kundasang War Memorial ( 2 minit )
5) Gerai sayur-sayuran dan buah-buahan ( 2 minit )
6) Poring Hot Spring (Kolam Air Panas), Ranau ( 40 minit )
7) DESA Dairy Farm, Mesilau Kundasang ( 5 minit )
8) Kebun sayur-sayuran
9) SABAH Tea ( 30 minit )
10) Luanti (Fish Spa), Ranau ( 30 minit )


Kemudahan


Almeera Homestay sentiasa memastikan Kemudahan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terjaga. Kebersihan dan keselesaan adalah keutamaan Almeera Homestay  agar setiap penginap akan merasa selesa dan sempurna seperti berada di dalam rumah sendiri.
Almeera Homestay mempunyai ;
a) Dua buah bilik yang dilengkapi dengan; 

  • Katil 'double bed queen size ' almari pakaian dan meja solek.
  • Tuala dan sejadah.

b) Sebuah ruang tamu yang selesa.
  • Sofa
  • TV
  • Sterika / papan sterika
  • Free WiFi internet 
c) Ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak ( Halal dan bersih )
  • Dapur gas
  • Peti ais
  • Cerek elektrik
  • 'Rice cooker'
  • 'Blender'
  • Periuk dan barang-barang dapur yang lain.
d) Tandas yang dilengkapi pemanas air ( Water Heater )
d) Ruang balkoni yang menjanjikan pemandangan indah 


Sila masukkan deposit sebanyak 30% atau RM60.00 bagi satu malam ke;


Maybank No Akaun: 160269041798 ( AMISDAH GAUPIN )
CIMB No Akaun : 10030034531520 ( KHAMIRROL JUHAILIN )

Selepas membuat pembayaran, Sila SMS;

  1. Nama Penempah
  2. Tarikh tempahan (Check-in dan Check-out )
  3. Jumlah Bayaran Deposit serta Tarikh Bayaran 
  4. Nama Bank Penerima


Kami akan membuat pengesahan penerimaan secepat mungkin selepas dimaklumkan oleh penempah.

Selepas mendapat pengesahan pembayaran deposit, kami akan menyekat tarikh dan rizab homestay untuk anda . Jika sekiranya tiada bayaran deposit diterima dalam tempoh 48 jam dari tarikh membuat tempahan, maka  kami akan melepaskan semula homestay untuk tempahan terbuka.


* Dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman yang haram di sisi Agama Islam ketika menginap di dalam Homestay. (Cth : daging Khinzir dan Arak) 
* Dilarang bagi pasangan bukan muhrim menginap bersama di dalam homestay
Check-In    :  02.00 petang
Check-Out :  12.00 tengah hari

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved