ads

Sabtu, 16 Mac 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


<b>Ranau</b> | Sabah World Heritage

Posted: 07 Mar 2013 06:20 PM PST

Asal Usul Nama Daerah Ranau
Ranau berasal dari perkataan 'RANAHON' yang membawa maksud kawasan SAWAH PADI. Biasanya masyarakat Kadazandusun di Daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan 'RANAHON'. Panggilan singkat bagi 'RANAHON' ialah RANAU. Kebetulan kawasan ini telah membangun sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama RANAU telah diambil sebagai pengenalan Daerah RANAU. (Sumber : sabah.gov)
Latar Belakang Daerah Ranau
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30' U dan 6° 25' U dan garisan bujur (Longitude) 116° 30' dan 117° 5' T dan dikelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Pitas, Kota Merudu dan Beluran. Keluasan Daerah Ranau ialah 3,555.51km persegi.
Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit bukau. Di antara ciri-ciri utamanya ialah anjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian Utara, Lembah Ranau di Timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di Selatan. Saliran yang utama ialah Sungai Liwagu. Secara ringkasnya Daerah Ranau adalah berciri undulating (mengalun dan mengombak di tempat-tempat tertentu) dan dataran lembah, tanah beralun dan bergunung ganang di kebanyakan tempat. Ranau beriklimkan cuaca yang lembap dan sejuk.
Ranau terletak di bahagian Pantai Barat Sabah. Daerah berbukit ini terleatak 1,176 meter di atas paras laut. Ia didiami oleh masyarakat etnik yang hampir keseluruhannya Dusun dan lebuhrayanya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan. Jarak dari Taman Kinabalu (Kinabalu Park) hanya 20 kilometer. Ranau juga adalah pintu masuk ke National Park, Poring Hot Spring dan Sabah Tea Garden. 


Pemandangan dari pekan Ranau 
Kundasang yang terletak di daerah Ranau adalah tempat di mana megah berdiri gunung Kinabalu yang menjadi mercu Sabah sehingga kini. Kundasang War Memorial yang berdiri segak di sini dibina dengan tujuan untuk memperingati pengorbanan dan keberanian wira-wira yang jatuh. 
Pengunjung yang datang ke sini tidak perlu risau pasal tempat tinggal kerana "lodge-lodge" dengan mudahnya didapati di sepanjang Kundasang dan Ranau.

Antara keistimewaan yang terdapat di Ranau dalah "tamu" atau  "Night Market".
"Night Market" or Tamu Ranau bermula pada pukul 6 petang pada 31hb dan seawal 6pagi pada 1hb pada setiap bulan. Tamu Ranau ini terletak 5 minit "drive" dari Pekan Ranau" dan 10 minit berjalan kaki. Ianya terbuka untuk orang ramai. Tamu ini adalah sebagai tempat kepada penduduk tempatan untuk menjual barangan mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta haiwan peliharaan. Dalam masa yang sama, kadang-kadang ada juga peniaga yang datang dari Kota Kinabalu, Tamparuli dan sebagainya untuk sama berjual barang dagangan mereka.
Antara tempat menarik di daerah Ranau :
 By: Sabah World Heritage

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved