ads

Rabu, 20 Mac 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Terkini : Perang Bakal Calon Parti Pembangkang <b>Di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 11:08 PM PDT


PERANG bagi merebut siapa bakal calon di kerusi Parlimen dan DUN Sabah yang melibatkan parti-parti pembangkang pada masa sekarang ini telah menimbulkan konflik sesama mereka sendiri dan merunsingkan pengundi.....bagus juga lah sebab awal-awal sudah gaduh. Hahaha....
Dalam artikel ini, penulis akan cuba membuat analisa bakal-bakal "Ayam Tambatan" parti-parti pembangkang dalam PRU-13 akan datang ini. Mereka ini disenaraikan dalam artikel ini kerana parti-parti pembangkang di kawasan berkenaan merasakan bahawa merekalah "SUPERMAN" untuk menjadi hero mereka kelak.
Untuk artikel yang pertama ini, penulis akan ketengahkan bagi kawasan Parlimen dan DUN Penampang terlebih dahulu sebab sia kebetulan singgah di Penampang. Untuk artikel akan datang, sia akan merantau ke Parlimen lain pulak membuat analisa yang sama.
"SUPERMAN" YANG PERTAMA
Nama Sebenar : Dr. Edwin Bosi
Planet/Parti Yang Diwakili :        DAP
Pekerjaan : Ahli Perniagaan a.k.a Booosinessman
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana Sahaja 
Keturunan : Kadazan Dusun 
Aktif dalam Pertubuhan NGO (Apa peranannya yang terselindung tidak tahulah..haha)
Pernah Berkhidmat di Jabatan Haiwan Daerah Penampang
Kekuatan: Bergiat Cergas dalam Pertubuhan NGO
                   (Setakat mana kekuatannya tidak tahu la....hihihi)
Kelemahan : SERING KE LUAR NEGARA.
              (Mungkin pergi Thailand rasanya...macam mana mahu jaga rakyat ni?)
 "SUPERMAN" YANG KEDUA
Planet/Parti Yang Diwakili : PKR (Ketua Cabang PKR Penampang)
                        (Menentukan siapa penjenayah atau tidak, mengalahkan kuasa Tuhan)
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana
Kekuatan :  Peramah dan mudah didekati
                             Menjadi tarikan kepada pengundi muda (Belia-belia) sahaja
                            (Entah-entah ramai sumandak ni....hahaha)
Kelemahan :  Terlalu muda
                        Kurang dikenali
Hahaha....adakah calon begini yang dikatakan boleh membela rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang? Kalau tidak sesuai, siapa lagi yang menonjol dan berada dalam ranking parti pembangkang? Adakah orang lain yang tidak tersenarai itu sehebat mereka? Atau mungkin ada yang hanya berlagak seolah-olah hebat daripada mereka berdua?
Apa yang peliknya di sini ialah mana perginya calon-calon dari Parti STAR, SAPP, dan PPS/APS (Belum diiktiraf parti) tu??? Adakah mereka takut untuk berhadapan dengan PKR dan DAP di kawasan Penampang tu? Ataupun masi main tapok-tapok dan ingin bermain dengan taktik kotor? Apa yang pasti ialah si Edwin sama si Darrel ini bukannya ngam sangat pun. Masing-masing mahu tersenarai jadi calon.
Parti pembangkang bilang mahu tawan Sabah. Kunun sangat kuat tetapi dengan rakan pembangkang depan mata pun  mereka tetap bergaduh. Kalau sudah begitu keadaannya, hancurlah rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang kerana calon yang tidak mantap dan sering bergaduh sesama sendiri.
Pikir-pikirkanlah!!! LAIN KALILAH!!!
 

Pemuda UMNO <b>Penampang</b> Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 03:10 AM PDT

Kategori Berita Pemuda

Pemuda UMNO Penampang Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap Dompok

PENAMPANG, 19 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Penampang hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok sekiranya beliau dicalonkan semula di kawasan parlimen Penampang.

Ketuanya Hafiz Sua Abdullah berkata Dompok merupakan seorang pemimpin yang begitu lantang dan berani dalam menyuarakan dan memperjuang kepentingan rakyat Sabah, khususnya masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Katanya ini termasuk peranan beliau dalam memastikan bahasa Kadazandusun diajar di sekolah sehinggalah bahasa itu kini diajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pewujudan Institusi Mahkamah Anak Negeri di Sabah.

"Selain itu, ketokohan Dompok juga terserlah apabila lantang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Masalah Pendatang Asing Di Sabah.

"Ternyata Dompok bukanlah calang-calang orangnya dan kami pemuda UMNO Penampang akan memberi sokongan padu kepada Dompok jika beliau dicalonkan semula," katanya di sini.

Pada 11 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa RCI termasuk pelantikan pengerusi serta anggota RCI bagi menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Hafiz berkata penubuhan RCI yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah itu merupakan manifestasi kejayaan perjuangan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) pimpinan Dompok.

"Sebagai seorang menteri Persekutuan, Dompok juga memperlihatkan kewibawaannya terutama dalam memperluas penanaman atau membantu pekebun kecil di negeri ini khususnya penanaman getah dan koko," katanya sambil menambah bahawa banyak lagi pembangunan lain dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN), terutama di Penampang yang mempunyai majoriti penduduk kaum Kadazandusun.

Hafiz juga menyangkal gambaran yang diwar-warkan pembangkang kononnya Penampang bukan lagi kawasan selamat untuk BN.

Sambil menyifatkannya gimik politik semata-mata untuk mengelirukan pengundi, beliau mengajak rakyat Penampang bersatu dan memberikan kemenangan besar kepada calon BN pada pilihan raya umum yang akan datang.

Hafiz yakin Sabah akan terus kekal sebagai kubu kuat BN, sekali gus memastikan kemenangan cemerlang BN sama ada di peringkat parlimen atau negeri.

Mengenai penubunan Kawasan Keselamatan Khas yang dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dari Kudat hingga ke Tawau di bahagian pantai timur Sabah, beliau berkata ia merupakan langkah bijak dan tepat pada masanya yang seharusnya disokong oleh semua pihak.

"Saya berpendapat bahawa pewujudan ESSCOM ini memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan BN akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri Sabah," katanya.

Menyentuh cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat dalang kepada pencerobohan Lahad Datu di Sabah, Hafiz berkata pemuda UMNO Penampang menyokongnya kerana RCI itu mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai insiden berkenaan, namun ia perlu diteliti secara terperinci kerana ia membabitkan negara lain yang merumitkan siasatan.

Berita Bertarikh Pada 10:10 AM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved