ads

Selasa, 19 Mac 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Pemuda BN Sabah yakin pertahan parlimen <b>Penampang</b> | The <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:32 PM PST

Kota Kinabalu, 17 Jan: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah yakin kerusi Parlimen Penampang akan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke-13 sekalipun digembar-gembur pembangkang sebagai kawasan 'kelabu'.

Ketuanya Datuk Awang Kadin Tang berkata tindakan pembangkang menguar-uarkan Penampang bukan lagi kawasan selamat BN adalah sekadar gimik politik untuk mengelirukan pengundi.

"Apa yang nyata ialah BN semakin kuat di kawasan Parlimen Penampang, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan saya yakin dengan kerjasama semua sayap Pemuda komponen BN, kerusi Parlimen Penampang akan terus kekal di tangan BN," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pemuda BN Penampang, di sini malam tadi.

1 (4)

Kerusi Parlimen Penampang kini disandang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

Mengulas lanjut, Awang Kadin berkata Pemuda BN Sabah akan memperhebat kempen mendekati pengundi muda 'atas pagar' dalam usaha membantu BN meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Penampang, Hafiz Sua Abdullah memberi jaminan akan memberi sokongan padu kepada Dompok jika beliau dicalonkan semula di kawasan Parlimen Penampang.

Beliau berkata sejak pilihan raya umum 2008, BN telah membawa banyak pembangunan di kawasan Penampang, dan berharap rakyat Penampang akan terus memberi sokongan padu kepada BN demi masa depan yang lebih cerah. — BERNAMA

var addthis_config={"data_track_clickback":false,"data_track_addressbar":false,"data_track_textcopy":false};var addthis_product='wpp-265';

Aktivis bimbang polis sekat perarakan Tambunan-<b>Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 10:00 PM PST

Kumpulan aktivis yang merancang untuk mengadakan perarakan tiga hari bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil di Sabah pada hujung minggu ini berkata acara itu akan tetap diteruskan jika polis mengadakan sekatan.

Aktivis, Anne Lasimbang berkata mereka bimbang sekiranya polis akan menganggap acara tersebut, yang turut membawa isu alam sekitar dan pengiktirafan hak Orang Asal, sebagai perhimpunan haram walaupun selepas mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pengarah eksekutif NGO Partners in Community Organizations (Pacos) itu berkata, mereka sudahpun memaklumkan rancangan tersebut kepada pihak berkuasa, yang meminta agar penganjur memohon permit bagi perarakan meliputi kawasan tumpuan utama negeri tersebut.

"Sama ada dapat atau tidak (permit) saya buat juga perarakan ini. Tak peduli. Tetapi polis ada bilang yang mungkin kalau tiada apa-apa masalah akan benarkan (perarakan).

"Tapi mungkin akan ada sekatan jalan raya dan mungkin polis akan cakap perarakan ini perarakan haram.

"Tapi kita akan teruskan juga kerana polis sekarang mereka tak kata apa-apa kerana kita tahu polis akan tiba-tiba cakap ini adalah perarakan haram," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, polis dari balai Keningau dan Penampang meminta agar penganjur mengisi borang untuk memohon permit tersebut.

"Kita sudah maklumkan kepada polis tentang perarakan ini. Dan kelmarin (Selasa) polis telefon untuk minta kita isi borang permohonan permit untuk perarakan.

"Kerana polis kata perarakan ini bukan berarakan biasa dan ada tujuan jadi mereka suruh minta permit.

"Kita sudah isi borang dan fax kepada polis kelmarin (Selasa) juga," katanya lagi.

Bahan publisiti acara itu menyebut, acara jalan kaki yang dianggarkan meliputi jarak sejauh 100 kilometer merentasi banjaran Crocker itu dijadualkan berakhir di Dewan Pagansakan, Penampang pada hari Ahad.

Anne berkata, setakat ini seramai 20 orang sudah menyatakan persetujuan untuk mengikuti acara tersebut.

Katanya, mereka mengalu-alukan penyertaan daripada kelompok BN dan Pakatan Rakyat, namun hanya PKR dan DAP yang bersetuju untuk menarik penyertaan ke acara tersebut buat masa ini.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=67199

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved