10 di papar - Google Blog Search |
20 Dijangkiti Kolera <b>Di Papar</b> – Rosnah | MyNewsHub Posted: 23 Jan 2013 01:38 AM PST PAPAR – Dua kes jangkitan kolera membabitkan 20 orang dilapor berlaku di daerah ini pada Selasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Katanya kejadian membabitkan 18 orang dari Pusat Tahanan Sementara Papar dan dua lagi dari Taman Limau-Limauan. "Saya dimaklumkan kejadian di Limau-Limawan disebabkan makanan yang dibeli di tamu malam (pasar malam) dan kedua-dua mereka dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. "Kejadian di Pusat Tahanan Sementara Papar pula melibatkan 18 kes (orang). Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Papar semalam tetapi empat sudah keluar daripada hospital hari ini," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu. Rosnah menasihati penduduk agar tidak panik kerana wabak itu terkawal dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital jika mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah. "Kes kolera selalunya berpunca daripada persekitaran dan makanan yang tidak bersih. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan memasak makanan dan minuman," katanya. Terdahulu, ketika berucap menutup program Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, di Kinarut, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar mengucapkan tahniah kepada warga MRSM itu yang mendapat pengiktirafan 'Smart School' berkuat kuasa bulan ini. "Status Smart School membuktikan MRSM Kota Kinabalu memenuhi satu piawaian yang tinggi baik dalam segenap aspek seperti Gred Purata Sekolah, kokurikulum, kepimpinan pelajar, kecekapan pengurusan pentadbiran dan sebagainya. "Saya yakin dan percaya pemilihan MRSM Kota Kinabalu sebagai Smart School sangat tepat dan saya berharap lebih banyak kejayaan dicipta dan dicapai oleh MRSM Kota Kinabalu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," katanya.- BERNAMA Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan