10 di papar - Google Blog Search |
Z-o-o-m!: Seminar diabetes <b>di Papar</b>, 22 Nov Posted: 17 Nov 2012 11:53 PM PST PAPAR: Orang ramai, khususnya pesakit diabetes, dipelawa menghadiri Seminar Diabetes yang akan diadakan di Hospital Daerah di sini Khamis ini, (22 November). Seminar tersebut akan diadakan di Bilik Orkid, Hospital Daerah Papar dari jam 10 pagi hingga 1 petang di mana ceramah-ceramah mengenai penyakit diabetes akan disampaikan oleh pegawai perubatan, ahli farmasi dan pakar pemakanan dari hospital itu. Sesi kaunseling juga diadakan dari jam 2 hingga 5 petang. Seminar itu merupakan salah pengisian sempena Minggu Diabetes Hospital Papar anjuran Unit Promosi Kesihatan, hospital berkenaan yang akan diadakan bermula 19 November hingga 23 November. Selain seminar tiga jam itu, pameran turut diadakan sepanjang program itu berlangsung. Pada 20 November, senaman Zumba akan diadakan di ruang legar hospital berkenaan dari jam 4 – 5 petang. Penyertaan dalam senaman Zumba ini adalah percuma. |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan