ads

Sabtu, 23 Mac 2013

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Pembangunan Pekan Baru <b>Nabawan</b>: Tapak 200 ekar akan <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 10:10 AM PDT


NABAWAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah bersetuju menyediakan kawasan seluas kira-kira 200 ekar untuk tapak pembangunan pekan baharu daerah Nabawan.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Bobbey A. Suan berkata, kementerian berkenaan telah menimbang untuk menyediakan kawasan itu bagi mengatasi masalah pembangunan pekan baru di daerah ini yang tidak dapat dilaksanakan atas faktor keluasan yang tidak mencukupi.
Katanya, sebelum ini perancangan pembangunan pekan baru telah dikemukakan kepada pemaju tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana keluasan kawasan yang dicadangkan tidak mencukupi.
"Ini kerana kawasan yang telah dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kebanyakannya telah dipohon oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan di daerah ini" katanya semasa berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan di sini pada Isnin.
Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan berkata, kawasan bagi pembangunan yang terancang memerlukan kawasan yang luas bagi membolehkan pemaju akan melaksanakan pembangunan berpakej.
"Dalam pembangunan pekan yang terancang, ia membabitkan pembinaan bangunan kedai komersial, perumahan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan," jelasnya.
Justeru itu katanya,kawasan yang luas adalah lebih sesuai dibangunkan bagi tempoh jangka panjang pembangunan sesebuah pekan.
Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menyediakan tapak dan terserahlah kepada Majlis Daerah Nabawan untuk merancang pembangunan pekan baru itu nanti.
Dalam masa yang sama Bobbey menasihatkan supaya Ahli-Ahli Majlis yang telah dilantik menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur.
Katanya, jalankan tugas degan penuh komitmen mengikut termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat ahli jawatankuasa kecil selain mesyuarat penuh.
"Kehadiran dalam mana-masa mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat penuh amat penting bagi mengelakkan korum tidak cukup dalam mesyuarat. Jika mesyuarat tidak cukup korum dalam mesyuarat ia boleh membantutkan perancangan Majlis Daerah," tegasnya.
Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu yang juga Pengerusi Majlis Daerah Nabawan, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Rizal Maulah dan ketua-ketua jabatan.
Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan yang mengangkat sumpah pada majlis itu terdiri dari Ahuar Rasam, Jubilin Kilan, Mohd. Hanafi Ansaom Putiang, Barahim Andipoh, Suhailin Hj. Arshad Maning Ambikin, Maturin Hj. Hasbollah, Williamson Kunum, Marutin Ansiung, Paul Yambak, Puan Beaty Goh, Jainip Antaim, Ahmad Adini Angilas dan Steven Lewin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved