10 di lahad datu - Google Blog Search |
- Kronologi Pencerobohan <b>Di Lahad Datu</b> – .::Pisau.Net::.
- Kronologi pencerobohan kumpulan pengganas <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>
- Video Pencerobohan <b>di Lahad Datu</b> Sabah Terkini! - Berita Semasa <b>...</b>
Kronologi Pencerobohan <b>Di Lahad Datu</b> – .::Pisau.Net::. Posted: 01 Mar 2013 07:18 AM PST KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina; 9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. 11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou. 12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon. 14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu. 1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah. 14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah. 16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu. 18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah. 24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu. 26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu. 28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu. 1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. – BERNAMA |
Kronologi pencerobohan kumpulan pengganas <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b> Posted: 05 Mar 2013 10:19 AM PST KUALA LUMPUR 5 Mac – Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu: |
Video Pencerobohan <b>di Lahad Datu</b> Sabah Terkini! - Berita Semasa <b>...</b> Posted: 01 Mar 2013 01:34 PM PST Di sini kami ingin kongsikan beberapa video sepanjang berlaku krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah sehingga 1 Mac 2013 yang dimulakan dengan video di bawah ini yang menunjukkan keadaan di Lahad Datu Sabah pada Jumaat 1 Mac 2013 yang berlangsung tegang ketika itu….. Video Pencerobohan di Lahad Datu Sabah Pada 1 Mac 2013Video yang satu lagi ini lebih menarik apabila menunjukkan aksi tempur tembak menembak yang dipercayai antara tentera malaysia dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah (pengikut Sultan Sulu) Video Tentera Malaysia VS Penceroboh SULU Filipina di Lahad Datu Sabah!!Manakala yang mana terlepas dan berminat mahu mengetahui kronologi krisis pencerobohan di Lahad Datu Sabah ini daripada mula boleh menonton video di bawah berdasarkan laporan berita terkini TV3 Video Kronologi Pencerobohan Lahad Datu Sabah 2013!! [LENGKAP]Video Berita Terkini FIlipina : Perang Lahad Datu Sabah Malaysia VS SULU 2013Manakala jika anda mahu mengetahui perkembangan apa yang dilapotkan berita terkini Filipina mengenai krsis pencerobohan Lahad Datu sabah ini, boleh tonton video di bawah ini… Video Berita Terkini TV3 : Kata-Kata Anak Komando Yang Terbunuh di Lahad Datu SabahVideo terakhir agak menyentuh hati apabila seorang anak kepada komando yang terbunuh alam krisis pencerobohan di Lahad Datu Sabah menentang penceroboh (pengikut Sultan Sulu) iaitu Allahyarham Inspektor Zulkifli Bin Mamat cuba berkata-kata selepas berita kematian bapanya tersebar luas. Berumur 4 tahun, adik kecil masih mentah untuk mengerti apa sebenarnya yang berlaku sekarang. Tetapi kami yakin, apabila beliau meningkat dewasa kelak, adik kecil ini akan sedar bahawa ayahnya merupakan pejuang dan wira negara….. Sumber : Harian Kosmo Online |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan