ads

Rabu, 20 Mac 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


kisahku...: PESTA JAGUNG <b>KOTA MARUDU</b>, SABAH

Posted: 14 Feb 2013 08:23 AM PST


Pernah dengar Pesta Jagung?? Kalau tidak pernah, mari sini saya cerita sikit. Pesta Jagung ni sebenarnya acara tahunan yang kini menjadi ciri istimewa daerah Kota Marudu sejak 2001, berlangsung selama dua hari dan dua hari tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik di sekitar Dewan Komuniti Kota Marudu. Tujuan pesta ini diadakan adalah bagi menonjolkan jagung sebagai produk penting pertanian di daerah ini selain mempromosi aktiviti pertanian lain yang menyumbang kepada pendapatan petani di Kota Marudu.
Sepanjang tempoh dua hari pesta berlangsung tu, pelbagai acara kebudayaan, sukan rakyat, persembahan pentas Rakyat 1 Malaysia, Pertandingan Ratu Jagung dan juga pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta pameran rumah-rumah tradisional telah diadakan untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Kota Marudu. Tapi biasanya, memang Ratu Jagung tu juga lah yang paling meriah sekali sebab melibatkan gadis-gadis yang cantik kan.
Disebabkan sejak berumur 13 tahun saya sudah start tinggal di asrama yang berada nun jauh di Kota Kinabalu, saya memang jarang jarang jarang dapat datang tengok pesta ni secara dekat. Selama ni tengok dari gambar saja. Memalukan. Nama saja orang Kota Marudu tapi jarang-jarang balik rumah. Tapi Pesta Jagung tahun lalu, saya berkesempatan untuk hadir pada saat-saat akhir, 2 jam sebelum pesta ini berakhir secara rasminya. Masa tu adalah Kemuncak Pesta Jagung 2012 di mana  acara yang paling mendapat sambutan ialah Pertandingan Ratu Jagung 2012 sedang dijalankan di Dewan Komuniti Kota Marudu. Seramai 15 peserta akhir telah mengambil bahagian. Ramai juga kan. 
Setiap peserta ni akan memperagakan pakaian yang bercirikan dari pokok jagung. Stail pakaian adalah terpulang kepada setiap pereka fesyen bagaimana mereka menggunakan  idea mereka dalam menghasilkan pakaian berunsurkan jagung yang kreatif dan cantik. Peserta Ratu Jagung ni dinilai berdasarkan kecantikan, kualiti pakaian, dan juga semasa sesi soal jawab. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi juri Ratu Jagung ni sebab saya pun tidak berapa pasti sebenarnya. haha. Seriously, penat saya mengambil gambar ratu-ratu ni. Balik-balik ke hadapan pentas semata-mata untuk snap gambar dorang. Zoom yang berabis lagi ni tapi kualiti kamera tidak memuaskan hati. Mungkin disebabkan lightning dalam dewan agak malap.
Ratu Jagung 2012 menjadi milik Allyes Sannie. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya gadis ni juga adalah merupakan naib juara Unduk Ngadau Peringkat Kota Marudu 2012. Johan, naib juara dan tempat ketiga saya tidak kenal tapi muka saya kenal sebab pernah juga terserempak di pekan. Saya kenal dorang tapi dorang tidak kenal saya sebab dorang ni kan peserta ratu Kota Marudu, siapa tidak familiar kan?
Begitulah serba sedikit cerita tentang Pesta Jagung di Kota Marudu ni. Saya masih ingat lagi jawapan pemenang Ratu Jagung 2012 ni semasa sesi soal jawab. Sumandak tu diberikan soalan " Bagaimanakah anda mempromosikan Pesta Jagung Kota Marudu ini kepada masyarakat luar?" Lebih kurang macam tu lah soalan yang diberikan. Jawapan yang dia berikan ialah melalui laman sesawang seperti blog atau facebook. So, inilah yang sedang saya lakukan sebenarnya iaitu cuba untuk membuat kawan-kawan lain sedar tentang kewujudan pesta ni di Sabah. Sekurang-kurangnya, saya dapat juga menyumbang sesuatu pada daerah terchenta ini walaupun tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan ratu yang dianjurkan di sini. Tidak boleh ikut ooo, marah tanak wagu saya nanti ^^
Di Ranau mungkin ada Pesta Kobis atau Pesta Durian, di Kudat pula ada Pesta Kelapa, di Matunggong pula ada Pesta Gong. Jadi sebenarnya banyak pesta yang disambut di seluruh Sabah ni cuma kurang pendedahan diberikan melalui media massa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved