ads

Isnin, 18 Mac 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Elak Sewa Kereta Murah <b>Di Kota Kinabalu</b> | Premium Beautiful <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 12:33 AM PST

Sebenarnya, aku malas nak cite pasal apa yang terjadi masa di Kota Belud, Sabah hari tu. Nak ditakdirkan, kereta sewa yang kami sewa, pancit ditengah jalan. Nasib baik masa tu dah sampai Pekan Kota Belud. Kalau pancit masa on the way dari Kudat, tentu susah. Ok citanya begini, masa nak ambil kereta sewa tu, memang aku perasan, tayar sebelah kanan belakang dah kurang angin, condition tayar pulak, macam yang korang tengok la. Nama pun kereta sewa. So lepas pam , setel !

Masa dari Kudat nak ke Kundasang, singgah kat stesyen minyak (pam pusing-kampung style, korang fahamkan .. hehehe) ada sorang pemandu tegur, tayar belakang macam kurang angin. Disebabkan kat situ, tak ada pam, kami teruskan, dan tiba di Kota Belud, tak sempat nak singgah pam minyak, tayar pancit.

Masa tu, berpeluh jugak la menunggu abang tukar tayar spare, dah la matahari terpacak atas kepala. Dah tukar, terus cari kedai tayar kereta dengan harapan dapat tampal, tayar kereta yang bocor. Bila mekanik kedai kereta check, dia cakap tak boleh tampal lagi, condition tayar dah teruk ! Bunga dah haus dan terkopek, dan dia cadang, tukar tayar baru.

Lepas cakap, kereta ni kereta sewa, dia nasihatkan call agen tu dulu untuk makluman. Lepas abang call, cakap tayar tak boleh tampal. Tetiba je dia cakap "Tayar elok, kenapa nak tukar" Ehh .. macam tu pulak.

Kat kedai ni la kami tukar tayar tu. Service .. memang tip top !

So, abang minta dia cakap dengan mekanik tu sendiri. Korang tau, ada ke patut, agen tu minta kami bawa tayar asal pulang ke Kota Kinabalu. Dah la naik kereta 5 orang, dengan beg lagi. Mana nak sumbat tayar lama tu ! Tak kan nak letak atas bumbung !

Perut tengah lapor, yang ingat, nak singgah kat KFC je lepas ni .. hehehe

Lepas dah tukar tayar baru, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Mula-mula, happy la, sebab dah setel, tapi bila sampai kat Kota Kinabalu, agen call, cakap owner kereta tak nak bertangungjawab dan hanya cover 50 peratus dari kerosakan sahaja.

Meaning harga tayar RM170, dia hanya cover separuh saja iaitu RM85 sahaja. Baki ditanggung oleh penyewa. Pehhh .. marah jugak masa tu, tapi abang cakap tak pe la. Malas nak bertekak ! Datang pun nak happy-happy. Nasib baik la masa tu, kami masih berhutang 1 hari sewa kereta, so lepas tolak kos tukar tayar, kami cuma perlu bayar sikit sahaja.

Kiranya memang menyesal jugak la sewa kereta murah di Kota Kinabalu ni. Kalau tau, lebih baik sewa kereta dengan syarikat kereta sewa berdaftar. Mahal sikit, tak pe la, asalkan selamat dan keadaan kereta ok. Nie, lain pulak jadinya. Aku pun, pada mulanya memang bercadang nak promote kereta sewa tu, tapi lepas apa yang terjadi, terus tak jadi. Malas la ! Dah la service kereta pun tak ikut time yang disyorkan, lepas tu, kena bayar extra pulak. Baik aku promote benda lain, lagi bagus .. lagi best !

Oh ya, kalau ada yang nak sewa kereta, atau perlukan pemandu kereta untuk hantar naik Gunung Kinabalu, better call person dibawah ni. Dia boleh berikan sewa kereta terbaik untuk ada. Nak minta diskaun , tu kena tanya dia sendiri okey.


*untuk menyewa, pelanggan perlu sediakan satu salinan IC dan lesen memandu (berpalang), dan serahkan semasa ambil kereta sewa.

- Elok sangatkan tayar kereta atas tu .. terbaik dari ladang ... :(


MASJID-MASJID <b>DI KOTA KINABALU</b> | ABU NUHA CORNER

Posted: 10 Feb 2013 05:28 AM PST

masjid-negeri-sabah

Masjid Negeri Sabah, 28 Disember 2012.

***********

Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan berlaku di masjid-masjid sekitar pusat bandaraya Kota Kinabalu beberapa tahun kebelakangan ini ialah suasana dan kehadiran jamaah solat jumaat yang sangat ramai dan melimpah. Masjid-masjid yang saya maksudkan ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid al-Aman Sinsuran, Masjid Bandar Kota Kinabalu dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada ketika kami menuntut di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Sembulan (1991-1996) dan kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran (1997-1999) yang beroperasi di Masjid Negeri Sabah sebagai contoh, kehadiran solat jumaat tidaklah seramai yang ada sekarang. Malahan ketika itu, sebahagian besar aras bawah tidak digunakan kerana memberi laluan untuk Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah yang beroperasi setiap hari di situ. Ketika itu juga Masjid Bandaraya (MBR) belum lagi wujud – MBR mula beroperasi pada awal tahun 2000.

Masa berlalu.

Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (MIMNS) kini sudah tidak beroperasi dalam bangunan Masjid Negeri Sabah. Jadi, ruang aras bawah dapat dimanfaatkan untuk sekitar 1000 jamaah lagi sehingga kehadiran jamaah jumaat kini sudah sekitar 6-7 ribu, melimpah sehingga ke ruang wudhu', dan laluan ke pejabat imam besar. Dalam masa yang sama, MBR yang boleh memuatkan  10-12 ribu jamaah pada satu-satu masa dirasmikan pada februari 2000 dan mula beroperasi. Dua pertiga masjid berkenaan juga dipenuhi jamaah jumaat berbanding masa-masa lalu.

Sementara MNS dan MBR terletak di pinggir sedikit dari tengah bandaraya, ada dua buah masjid yang beroperasi benar-benar di tengah pusat bandaraya iaitu Masjid al-Aman Sinsuran di kawasan pasar Filipina dan Masjid Bandar di atas bukit berdekatan Padang Merdeka. Kedua-dua masjid ini dilimpahi jamaah jumaat. Kebiasaannya sesiapa yang datang hampir 12.30 tengahari akan menghadapi masalah untuk masuk ke dalam masjid kerana keadaan sesak.

Keadaan ini sudut positifnya menunjukkan kesedaran yang sangat baik dan semakin meningkat di kalangan umat Islam dan kerja-kerja dakwah ini wajib diteruskan oleh semua pihak – pemerintah, jabatan agama, ngo Islam dan seluruh umat Islam. Pada saat ini salah satu perkara yang wajar difikirkan ialah agar menambah atau menaiktaraf beberapa surau untuk didirikan solat fardhu jumaat. Paling tidak ia memudahkan jamaah dan umat Islam ke lokasi lebih hampir dalam suasana kepadatan penduduk. Mudah-mudahan juga dengan kewujudan lokasi baru solat jumaat meninggalkan kesedaran kepada umat Islam yang belum lagi mahu menunaikan fardhu jumaat ini.

Sejak bulan Ramadhan lepas, Surau an-Nur di Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya juga sudah dinaiktaraf kepada masjid dan sudah mengadakan solat fardhu jumaat. Sehingga kini dua pertiga ruang masjid dari hampir 1000 jamaah itu sudah dipenuhi. Melalui perbincangan dan sembang kawan-kawan, Masjid Kg Sembulan yang pernah mengadakan solat jumaat pada tahun 60an – 70an sebelum Masjid Negeri Sabah yang ada sekarang wajar diberikan semula.

Saya berpandangan agar surau seperti Surau IPD Karamunsing, Surau Kompleks Bersepadu di Jalan Lintas, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral boleh difikir, dikaji dan seterusnya diberikan kebenaran untuk mengadakan solat fardhu jumaat. Kesemua lokasi yang saya cadangkan ini ialah kawasan-kawasan berpendudukan padat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Mungkin juga jika ada hotel atau pusat membeli belah yang berminat untuk mengadakan solat jumaat boleh berbincang dengan JHEAINS dan Pejabat Mufti untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

Sekian saya mencadangkan.

Masjid Bandaraya

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, 21 Disember 2012

Masjid al-Aman

 Masjid al-Aman, Sinsuran (Pasar Filipina) 14 Disember 2012.

Surau Taman Austral

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral

Surau Kompleks Bersepadu

Surau Kompleks Bersepadu, Jalan Lintas

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved