di negeri sabah - Google Blog Search |
Pendatang Asing <b>Di Sabah</b>: Salleh Cabar Anwar | Detik Perubahan Posted: 22 Jan 2013 02:14 AM PST KOTA BELUD – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini. Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya "beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah". "Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman" itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat…jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu. "Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya…apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini hari ini. Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI. "Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu. "Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya. Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu. Penubuhan RCI dan pelantikan anggota suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah. Prosiding pendengaran RCI dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anggota panelnya terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J. Luping. Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Jan hingga 1 Feb dan 22 Feb hingga 27 Feb. – Bernama |
KEADILAN isytihar 'perang' <b>di</b> Johor, <b>Sabah</b> & S'wak tumbangkan BN Posted: 04 Jan 2013 02:32 AM PST (Oleh Norutul Ilham) KUALA LUMPUR 4 Jan: KEADILAN bakal meniupkan semboyan 'perang' di negeri kubu kuat Umno – Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencapai misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, persaingan sengit yang akan berlaku di tiga negeri itu pastinya memberi tamparan hebat buat Umno BN. "Kerusi panas bagi KEADILAN, banyak di Johor, Sabah dan Sarawak. Kita akan tumpu untuk rampas lebih banyak kerusi di semua negeri ini daripada Umno BN. "Medan perang penentuan akan berlaku di ketiga-tiga negeri ini, walaupun kita sedar kerusi-kerusi berkenaan sejak dulu tidak pernah jatuh kepada Pakatan," katanya kepada Keadilan Daily. Ditanya mengenai sasaran kemenangan, Tian berkata, secara komited Pakatan boleh memenangi 25 hingga 30 kerusi di negeri-negeri tersebut. "Target kerusi daripada tiga-tiga negeri ini kita boleh dapatkan secara total, 25 hingga 30 kerusi. "Untuk memerintah kita perlukan 112 kerusi secara minimum. Untuk menang selesa, kita perlukan 120 kerusi," jelas Ahli Parlimen Batu itu. Tian berkata, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut ribuan rakyat setiap kali turun padang ke sana menyebabkan Perdana Menteri dan Timbalannya 'panas punggung'. "Kali ini boleh dikatakan semua kerusi panas ditandingi kedua-dua pihak. Kita nampak Johor, Sabah dan Sarawak merupakan negeri untuk kita lihat bagaimana penerimaan rakyat," katanya tanpa menamakan senarai kerusi terbabit. "Sebab itulah Najib (Razak) dan Muhyiddin (Yassin) setiap dua minggu ulang alik ke Johor, Sabah dan Sarawak," sambung Tian. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42436 |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan