di negeri sabah - Google Blog Search |
perutusan pesuruhjaya pas <b>negeri sabah</b> sempena tahun baru cina <b>...</b> Posted: 08 Feb 2013 04:43 AM PST
PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Sabah tetap konsisten dan mempunyai keazaman serta semangat jitu ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara. PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Sabah khususnya dan Malaysia secara umum mesti berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 55 tahun ini. Peranan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga turut membantu dalam menjayakan misi mencapai kejayaan untuk melihat negeri Sabah dan Negara Malaysia berada dalam keadaan yang harmoni dan bakal menikmati kesejahteraan ''Negara Berkebajikan'' tawaran PAS. Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya khususnyanya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya. Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le. Mohd Aminuddin Aling |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan