ads

Rabu, 27 Februari 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Pemuda ditembak mati <b>di Tawau</b>, kawan cedera. - CariGold Forum

Posted: 22 Jan 2013 03:49 AM PST

Forum Jump

Kawekaki Motor: NSRC CNY RIDE aka <b>TAWAU</b> RIDE 2013 (DAY 1)

Posted: 12 Feb 2013 07:55 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

09.02.2013 - Untuk entry kali ini kawe akan ceritakan berkenaan ride sempena Chinese New Year (CNY) bagi tahun 2013. Ride kali ini diaturkan oleh group Northern Sarawak Riders Club dan disertai oleh 6 buah bike termasuk kawe. Peserta yang mengikuti ride ini adalah:-

1. Kawe + wife (KAWASAKI VERSYS 650)
2. Yuhanis + wife (KAWASAKI VERSYS 1000)
3. Fredie + wife (KAWASAKI ER6N)
4. Cikgu Adi (KAWASAKI VERSYS 650)
5. Cikgu Zakaria (KAWASAKI ER6N)
6. Nazri (YAMAHA FZ6)

Seperti kebiasaan, oleh kerana ride kali ini agak jauh kami memutuskan untuk bergerak seawal yang boleh dan 3 buah bike bergerak seawal jam 6 dari Limbang dan berjumpa di Petronas Lawas untuk bersama-sama dengan rakan dari Lawas.

Berkumpul di Petronas Lawas sebelum bergerak

Mengikat beg Cikgu Zakaria di seat belakang
Antara 'V' yang akan beraksi

Siap untuk memulakan perjalanan
Setelah semua ahli sampai, kami bergerak dari Lawas pada jam lebih kurang 7.30 pagi. Walaupun agak lewat sedikit dari jadual asal, bagi kawe itu adalah perkara biasa untuk ride dalam kumpulan. Untuk ride kali ini kami akan menggunakan laluan short cut melalui Tenom-Keningau-Tambunan-Ranau. 
Memulakan perjalanan dngan semangat yang berkobar-kobar

Merapok - Sempadan yang memisahkan Negeri Sabah dan Sarawak
Dari Lawas kami mula memasuki negeri Sabah di Sindumin pada jam 8 pagi, dan bermakna laluan seterusnya yang akan kami tempuh adalah melalui Banjaran Crocker di Tenom untuk ke Keningau. Perjalanan kami ke Keningau ditemani cuaca yang agak baik ditambah dengan jalan yang lengang tanpa banyak kenderaan lain yang sehaluan dengan kami. Ini membuatkan perjalanan kami agak selesa walaupun terdapat sedikit jalan yang rosak sebelum kami mendaki Banjaran Crocker di Tenom.


Mula mendaki sedikit di Banjaran Crocker


Langit yang cerah diawal perjalanan
Jalan yang cantik... Tapi AWAS!!!
Seperti biasa dalam formasi

Siapa kaki corner baring boleh datang sini

Corner baring jangan sampai terbaring

Hati-hati boss... Perjalanan masih jauh...


Hati-hati... Menuruni Banjaran Crocker....


Isyarat biasa jika ada bahaya

Fredie n Cikgu Zakaria aka Nyo...

Interframe jugak lembu ni...
Pada jam 9.30 pagi kami akhirnya sampai di Keningau selepas menempuh perjalanan selama 2 jam dari Lawas. Di Keningau kami hanya berhenti untuk mengisi minyak bagi kuda-kuda kami kerana perjalanan seterusnya ke Ranau dan kami akan berhenti di Ranau untuk makan tengahari dan akan mengisi petrol. Kami singgah di Keningau lebih kurang setengah jam sebelum kami meneruskan semula perjalanan ke Ranau.





Sesekali berselisih dengan kereta



Matahari dah mula panas memancar

Setiap ahli konvoi sentiasa dalam jarak yang selamat dengan satu sama lain
Melalui kawasan hutan yang menghijau
Salah satu perkampungan dikawasan pergunungan
Kabus masih kelihatan walaupun hampir jam 11 pagi
Perjalanan dari Keningau yang pada awalnya ditemani cuaca yang cerah kelihatan mula berubah apabila kami semakin tinggi mendaki Banjaran Crocker untuk ke Ranau dari Tambunan. Ini memaksa kami berhenti untuk menyimpan barang-barang penting sebagai persediaan jika hujan lebat turun.

 Awan dilangit mulai mendung

Bergambar beramai-ramai @ Ranau

Jalan mulai basah dan licin
Gerai menjual buah durian sebelum sampai di Ranau

Perjalanan kami dari Keningau memakan masa hampir dua jam sebelum kami sampai di Ranau. Dan kami mengambil keputusan untuk berhenti makan tengahari sambil perkena sedikit minuman panas setelah menempuh cuaca yang sejuk ditambah sedikit hujan hampir 20 kilometer sebelum sampai di Ranau.

Selesai bersarapan, pada jam 1 tengahari kami mula bergerak untuk meningalkan Ranau. Tapi sebelum itu kami akan mengisi minyak untuk kuda-kuda besi kami terlebih dahulu sebelum menuju ke Checkpoint, Sandakan. Jarak untuk sampai di Checkpoint Sandakan lebih kurang 170 kilometer dari Ranau.



Hilux yang memukul gong mengiringi rombongan kahwin

Perjalanan kami dari Ranau mula disajikan dengan keadaan jalan yang sibuk memandangkan cuti umum yang panjang sempena Tahun Baru Cina. Keadaan ini memaksa kami supaya lebih berhati-hati terutama sewaktu memotong dan melalui selekoh.

Perjalanan kami menuju ke Checkpoint Sandakan juga disajikan dengan sedikit dugaan apabila hujan mulai turun dengan agak lebat di sesetengah perjalanan.



Konvoi ditahan JPJ untuk diperiksa. Kawe lupa bawa road tax. Tapi semua beres...

Dalam proses soal siasat dan runding cara. Tapi semua ok....
Berhenti mmenyarung baju hujan supaya tidak kesejukan
Tetap dalam konvoi walaupun trafik sibuk
Berhenti melunaskan 'hajat' sebelum Checkpoint Sandakan
Setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam 30 minit kami akhirnya sampai di Checkpoint Sandakan pada jam 3.30 petang. Kali ini kami berhenti lagi sekali di Petronas Checkpoint Sandakan untuk mengisi minyak dan berehat untuk setengah jam sebelum bergerak semula tepat jam 4 petang.
Dari Checkpoint Sandakan kami meneruskan lagi perjalanan yang hanya berbaki sejauh 275 kilometer untuk sampai di Tawau yang merupakan destinasi tujuan kami. Tetapi sebelum itu kami terpaksa melalui Lahad Datu terlebih dahulu. Perjalanan kami dari Checkpoint Sandakan ke Lahad Datu benar-benar menguji ahli konvoi yang kebanyakan kali pertama memulakan perjalanan jauh. Ini kerana kami dihujani dengan hujan yang betul-betul lebat yang memaksa kami bergerak pada kelajuan 60 km/j sahaja.
Petronas Checkpoint Sandakan

Budak-budak melambai pada konvoi kami
Fredie n wife dan Cikgu Adi

Lahad Datu 101KM dan cuaca mulai gelap

Berhenti menyarung baju hujan lagi sekali

Dalam hujan lebat kami akhirnya sampai di Lahad Datu dan perjalanan ke Lahad datu telah memakan masa hampir 2 jam disebabkan hujan yang betul-betul lebat. Kami singgah sebentar di Lahad Datu untuk merehatkan badan sebelum bergerak semula menuju ke Tawau.

Kami bernasib baik perjalanan kami dari Lahad datu ke Tawau tidak lagi ditemani hujan ditambah dengan jalan yang lengang dan ini membolehkan kami bergerak dengan agak lancar pada kelajuan sekitar 100km/j walaupun pada waktu malam.

Kedatangan kami ke Tawau disambut oleh rakan-rakan bikers dari Tawau Big Bikers Owner Club (TBBOC) yang menunggu ketibaan kami di Jalan Airport Tawau. Kami seterusnya dibawa menuju ke Hotel Kingston Executive Suite di Tawau dan sampai l;ebih kurang jam 8 malam.

Bergambar bersama rakan-rakan TBBOC

Kami dibawa oleh wakil dari TBBOC

Mula memasuki bandar Tawau
Saudara Ruly Dan Jenal menjadi marshal kami memasuki Tawau
Ditengah-tengah bandar Tawau

Parking bike dulu berhampiran hotel
Parking bagus-bagus boss...
Kawe n Saudara Ruly. Teringat masa konvoi jelajah borneo dulu
Selesai urusan daftar masuk ke bilik masing-masing, kami mengambil keputusan untuk keluar makan bersama-sama rakan-rakan dari TBBOC di Tawau Kopitiam pada jam 9 malam dan makan malam kami pada malam itu ditaja oleh rakan-rakan dari TBBOC.
Makanan dah sedia bila kami sampai di Tawau Kopitiam
Licin... Gara-gara kelaparan...

Kami akhirnya balik ke bilik hotel pada jam lebih kurang 11.30 malam untuk berehat. Walaupun agak kepenatan tapi kami masing-masing puas setelah berjaya menempuh perjalanan sejauh 740 kilometer.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved