10 di sipitang - Google Blog Search |
Ada Kesungguhan <b>Di</b> Pihak Deepak Dan Sakit Bagi - <b>Sipitang</b> Online Posted: 06 Feb 2013 03:22 AM PST Pendedahan ini agak menyakitkan Najib dan kerajaan Tapi beranikah Deepak untuk mengorak langkah seterusnya?
Dengan sifat angkuh dan sombong Zahid, saya percaya dia tidak akan melakukan apa-apa Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.
Akan bersetujukah AG bila berada di bawah tekanan? Sikap AG selama ini yang kita sedia maklum! Tanpa perlindungan undang-undang yang memangnya di tangan AG, apa yang PAS boleh buat?
Saudagar karpet Deepak Jaikishan berkata beliau akan memohon agar peguam negara memberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 apabila beliau mendedahkan kes penyelewengan melibatkan pemimpin negara kelak.
Katanya, pemimpin berkenaan juga memberitahunya bahawa beliau tidak memerlukan jaminan imuniti daripada kerajaan memandangkan keselematan saksi sudahpun terjamin dalam peruntukan tersebut.
Sumber: Suapan para bloggers |
Wanita Umno <b>Sipitang</b> 'Salam Sayang' <b>di</b> KDM Lumadan, Beaufort <b>...</b> Posted: 18 Nov 2012 07:14 PM PST SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Muanam dan Surinah (kanan) menyampaikan beg dan bendera tanda semboli sempena program 'Salam Sayang' Wanita Umno Sipitang. LUMADAN: `Usah termakan dengan segala janji yang ditabur oleh pembangkang.' Nasihat itu diluahkan oleh Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad kepada penduduk yang hadir pada program Salam Sayang di kediaman Ketua Daerah Mengundi Lumadan, Muanan Mujiaryo di sini kelmarin. Program anjuran Wanita Umno Sipitang itu turut dihadiri oleh Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujiarto, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Penolong Setiausaha Wanita Umno Sipitang Dayang Surinah Mohd Karim, Ketua-Ketua Cawangan Umno Lumadan serta AJK Wanita Umno Sipitang. Sapawi berkata apa yang dijanjikan oleh pembangkang adalah janji kosong dan ianya boleh dilihat dengan jelas di beberapa negeri yang dikuasai oleh mereka. "Rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang ketika ini tampil menuntut segala janji yang ditabur oleh pembangkang pada pilihan raya lepas dan janji seumpama inilah juga yang ditabur oleh mereka kepada rakyat negeri ini," katanya. Beliau memberitahu pemimpin pembangkang yang datang berceramah ke negeri ini adalah mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Katanya sewaktu memegang jawatan itu, mereka tidak pun pernah teringin untuk masuk kampung di negeri ini. "Jangankan dijemput secara formal, untuk datang sendiri pun tidak teringin...mereka ini bukannya berkeinginan untuk menemui rakyat khususnya di luar bandar dan mereka datang ketika ini cumalah untuk membohongi rakyat. "Perjuangan mereka bukanlah untuk rakyat tetapi untuk kepentingan mereka sendiri," katanya dan menambah rakyat negeri ini harus tidak mencontohi rakyat di beberapa negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Katanya rakyat di negeri berkenaan telah merasa bahang pembohongan tersebut dan telah sedar bahawa keputusan yang mereka buat adalah silap. Menurutnya apa yang berlaku kepada rakyat berkenaan dalah contoh terbaik kepada rakyat negeri ini. Beliau berkata pelbagai cerita mengenai rakyat di negeri tersebut boleh dilihat menerusi media-media massa dan elektronik yang disiarkan. Katanya macam-macam perkara yang ditimbulkan oleh rakyat dan semuanya berkaitan dengan janji pembangkang kepada mereka dan janji itu tidak satupun yang ditunaikan. "Jangan terpengaruh dengan pembangkang dan jangan menjadi seperti rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang...saya yakin rakyat negeri ini adalah bijak dan tahu membuat penilaian terbaik dan akan membuat keputusan tepat dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan," katanya lagi.
|
You are subscribed to email updates from di sipitang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan