ads

Ahad, 10 Februari 2013

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Warga Emas, Ibu Tunggal Diraikan <b>di Sipitang</b> - TV3

Posted: 10 Aug 2012 04:42 AM PDT

10/08/2012 19:42:00

SIPITANG 10 Ogos - Bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi terus memberi berkat dan manfaat serta limpahan rezeki buat mereka yang tidak berkeupayaan apabila golongan asnaf itu terus menerus mendapat bantuan sewajarnya.

Tidak ketinggalan di Lumadan, dekat sini golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain turut mendapat limpahan rezeki bulan yang penuh berkat apabila mereka diraikan dalam majlis Ziarah Ramadan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Kamarlin Hj Ombi.

Bertempat di Masjid Kampung Bukau, Kamarlin serta pimpinan Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan turut berbuka puasa, solat maghrib, isya' dan terawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Sipitang mengingatkan umat Islam setempat agar memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan barakah itu.

"Bulan Ramadan bukan sahaja untuk mempertingkatkan ibadah namun ianya juga wadah untuk menjalin hubungan harmoni di samping memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang dijalankan di masjid dan surau di kawasan masing-masing sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

Kata beliau lagi dengan adanya program seumpama itu, ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi hubungan antara satu sama lain sekaligus melahirkan masyarakat setempat yang harmoni.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved