ads

Rabu, 20 Februari 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pertandingan boling gelombang biru <b>di Sandakan</b> | The Borneo <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 01:51 PM PST

Oleh Liza Din
SANDAKAN : Sebanyak 10 pasukan terdiri daripada kakitangan awam persekutuan dan negeri di Sandakan telah menyertai Pertandingan Boling Gelombang Biru.

Program tersebut diadakan di Champ's Bowl Sandakan dan merupakan anjuran Puteri UMNO bahagian Libaran "Jom Santai Sahaja!" yang telah disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Libaran, Suharni Mahamuddin.

Menurut Ketua Puteri UMNO Libaran, Suharni Mahamuddin berkata, golongan generasi muda perlu melibatkan diri dalam aktiviti sukan kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan malah dapat menggalakkan mereka berinteraksi dengan orang lain.

"Apa sahaja aktiviti sukan bukan sahaja bermanfaat terhadap kesihatan, namun kita boleh bertemu dan berinteraksi dengan orang lain sekaligus menambah kenalan," katanya.

Antara jabatan kerajaan yang menyertai adalah Jabatan Perhutanan negeri Sabah cawangan Sandakan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, Jasa, Kementerian Pertahanan, Mahkamah, Jabatan Penjara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Majlis Perbandaraan Sandakan.

Dalam pertandingan itu, johan Jabatan Perhutanan menerima wang tunai RM800, naib johan Majlis Perbandaraan Sandakan menerima RM400 wang tunai dan tempat ketiga Jabatan Pendidikan RM200 dan pasukan membaling tertinggi menerima RM100 wang tunai.

bowling 3

Para peserta bergambar kenangan selepas pertandingan boling gelombang biru anjuran Puteri UMNO Libaran di di Champ's Bowl Sandakan baru-baru ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved