10 di sandakan - Google Blog Search |
SELEMBAR KENANGAN <b>DI SANDAKAN</b> | Hishamuddin Abdul Aziz Posted: 25 Jan 2013 07:59 PM PST [Bahagian 1,2 & 3 dengan sedikit perubahan/pembetulan] [Bahagian 1] Kisah ini berlaku di Sandakan, semasa saya masih bertugas mengajar di sebuah sekolah di sana. Kalau tak salah saya, hari itu, hari minggu. Jika tidak pun, hari Sabtu kerana apa yang saya pasti, hari itu adalah hari cuti. Saya sedang duduk berehat-rehat diruang tamu rumah, sambil isteri saya sedang berbuat sesuatu si dapur. Tiba-tiba, saya mendengar suara manusia versi perempuan, memberi salam dari luar pintu rumah. Tertanya-tanya juga saya di dalam hati. Siapa pula yang datang ini. Sebaik sahaja pintu saya buka, maka saya terus mengenali susuk tubuh remaja perempuan bertudung yang tercegat di hadapan pintu rumah sewaan saya itu. Dia adalah anak `usrah' dan juga anak murid yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah agama saya di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Sandakan yang berdekatan dengan rumahnya. Umurnya, samada 14 atau 15 tahun; atau di dalam ertikata lain, sedang bersekolah di tingkatan dua atau tiga. Sudah terlalu lama. Saya tidak begitu mengingatinya. Tetapi saya kehairan kerana bersama-samanya ada dua beg pakaian yang bersaiz besar, juga terlihat dijinjing oleh kedua-dua belah tangannya. Apa yang lebih memeranjatkan saya adalah kelihatan bekas-bekas air mata di kedua pipinya. Wajahnya yang iras-iras gadis Cina, (kerana dia dari suku kaum 'Sungai'), ketika itu menterjemahkan perasaan hiba yang sedang bergejolak di dalam hatinya. [Bahagian 2] "Ustaaaaz…", dia memanggil saya dengan nada sayu, sebaik sahaja pintu dibuka. "Lizawati?", saya menyebut namanya (bukan nama sebenar) dengan nada simpati dan kehairanan. "Kenapa ni?, tanya saya selanjutnya bila saya melihat dia menghadapi kesukaran untuk menjawab. "Baiklah. Masuk dulu. Duduk. Tenangkan diri. Nanti cerita," saya berkata lagi, sambil memandang wajah isteri saya yang juga dilanda kehairanan. Lizawati meletakkan kedua beg pakaiannya di tepi dinding, sebelah TV. Kemudian, dengan lemah dia menuju ke salah sebuah kerusi sofa yang memang siap disediakan oleh tuan rumah, sejak saya mula masuk menyewa. Dia melabuhkan tubuhnya di sofa itu. Saya dan isteri, biarkan dia mengambil masa sebanyak mana yang dia mahu untuk menenangkan dirinya. "Tenang. Baca salawat," saya memandunya dalam menenangkan diri ketika melihat bahunya bergetaran, kesan dari melayani sebak dihati. Tiba-tiba, dia bersuara… "Mama ku ustaz…", suaranya terputus. Rasa sebanyaknya, menyerang kembali. "Mama mu?" saya bertanya dengan gaya orang-orang Sabah bercakap. Mirip cara pengucapan skrip dalam filem-filem Melayu lama. Tapi ini bukan berlakun. Ini `slanga' mereka. [Bahagian 3] Setelah beberapa kali mengangguk-anggukkan kepala tanpa suara, Lizawati kemudiannya berkata: "Mama ku, tidak membenarkan aku bertudung, ustaz. `Bilang'nya (bermaksud katanya), dia malu `sama' kawan-kawan. Disuruhnya aku memilih; jika masih mahu terus bertudung, keluar dari rumah. Kalau masih mahu terus tinggal di rumah, tanggalkan tudung," sampai di sini, suaranya tersengguk-sengguk. Perasaan hiba, kembali menguis jiwanya… Saya membiarkan, kerana merasa bahawa dia belum menghabiskan penjelasannya. Setelah mengesat-ngesat air matanya, dia menyambung lagi; "Bukankah kamu selalu `bilang' di dalam `caramah-caramah' mu ustaz; bahawa perintah Allah itu yang tertinggi. `Endak' (tidak) ada yang lebih penting dan tinggi selain perintah Allah. Jadi, aku pilihlah untuk keluar dari rumah ustaz…" "Ayah mu bagaimana, Liza? Apa katanya? Apa yang dibuatnya?" walaupun soalan-soalan itu gayanya bertubi-tubi, tetapi saya ucapkan dengan tertib supaya tidak merosakkan ketenangan yang sudah mula menginap kembali di dalam diri lizawati. "Dia diam `sejjak'. Hanya `meninguk' sejjak ketika aku meninggalkan rumah. Nampak juga aku, kesedihan diwajahnya ustaz. Tapi dia endak berkata apa-apa," jawabnya sambil kepalanya tertunduk kearah lantai rumah. Kemudian dia mengangkat wajahnya yang kelihatan merah akibat tangisan. Lebih ketara merahnya itu disebabkan kulit di mukanya yang berwarna putih kekuningan; sebagaimana warna kulit kaum Cina di Negara kita atau di mana sahaja. "Gi mana' aku ini ustaz," sambungnya. "Di mana aku mahu tinggal. Aku sudah `endak' ada rumah lagi… [bersambung ke bhg. 4] Incoming search terms:
No related posts. |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan