ads

Isnin, 25 Februari 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


LAYAKKAH ANWAR <b>DI</b> GELAR HUGUON SIOU?? | MummyNemo

Posted: 23 Feb 2013 07:44 AM PST

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

ANWARTindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ranau memberikan gelaran Huguan Siou kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan sebagai penghinaan kepada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) di negeri ini.

Ahli seumur hidup Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Datuk Eric Majimbun, berkata gelaran Huguon Siou yang diberi kepada Anwar jelas tidak menghormati budaya dan adat resam masyarakat KDM.

"Anwar sebagai pemimpin yang diagungkan pengikutnya, konon bakal menjadi Perdana Menteri sepatutnya tidak menerima anugerah itu.

"Bagi masyarakat KDM, penerimaan Anwar itu adalah penghinaan besar kerana ia hanya khusus untuk masyarakat KDM dan bukan diberi sewenang-wenangnya," katanya kepada BH di sini, semalam.

Eric berkata, tindakan itu mencerminkan seolah-oleh PKR terdesak meraih undi.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Sebagai contoh, katanya, masyarakat Bisaya juga pasti marah jika gelaran Janang Gayuh yang dianugerah kepada pemimpinnya, Datuk Lajim Ukin, turut diberi kepada orang luar.

Eric mengulas laporan portal berita tempatan yang mendakwa PKR Ranau memberi Huguan Siou iaitu gelaran tertinggi dalam masyarakat KDM kepada Anwar ketika lawatannya ke Kampung Paginatan, di Ranau, Ahad lalu.
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan tindakan PKR Cabang Ranau itu sebagai satu jenaka.

"Ini (anugerah Huguon Siou kepada Anwar) adalah satu jenaka," katanya pada majlis pelancaran Menggalakkan Menggunakan Bahasa Kadazan dalam Keluarga dan Ramah Mesra Keturunan Keluarga Madani Balanting di Nabalu Puru Lodge di Kampung Putaton, Penampang, semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyifatkan tindakan mengangkat Anwar sebagai Huguan Siou disifatkan sebagai polemik politik parti berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana seorang yang bukan berbangsa KDM boleh menerima gelaran yang hanya dikhususkan untuk pemimpin etnik berkenaan.
"Saya tidak tahu bila Anwar jadi KDM. Apa perjuangan dia untuk mendaulatkan masyarakat KDM di Sabah," katanya.

Incoming search terms:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved