ads

Ahad, 24 Februari 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Pemuda Yakin <b>Penampang</b> Terus Kekal Utuh Milik <b>...</b> - Pemuda UMNO

Posted: 17 Jan 2013 02:28 AM PST

Kategori Berita Pemuda

Pemuda Yakin Penampang Terus Kekal Utuh Milik BN

KOTA KINABALU, 17 Jan – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah yakin kerusi Parlimen Penampang akan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke-13 sekalipun digembar-gembur pembangkang sebagai kawasan 'kelabu'.

Ketuanya Datuk Awang Kadin Tang berkata tindakan pembangkang menguar-uarkan Penampang bukan lagi kawasan selamat BN adalah sekadar gimik politik untuk mengelirukan pengundi.

"Apa yang nyata ialah BN semakin kuat di kawasan Parlimen Penampang, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan saya yakin dengan kerjasama semua sayap Pemuda komponen BN, kerusi Parlimen Penampang akan terus kekal di tangan BN," katanya selepas perjumpaan dengan Pemuda BN Penampang, di sini malam tadi.

Kerusi Parlimen Penampang kini disandang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

Mengulas lanjut, Awang Kadin berkata Pemuda BN Sabah akan memperhebat kempen mendekati pengundi muda 'atas pagar' dalam usaha membantu BN meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Penampang, Hafiz Sua Abdullah member jaminan akan memberi sokongan padu kepada Dompok jika beliau dicalonkan semula di kawasan Parlimen Penampang.

Beliau berkata sejak pilihan raya umum 2008, BN telah membawa banyak pembangunan di kawasan Penampang, dan berharap rakyat Penampang akan terus memberi sokongan padu kepada BN demi masa depan yang lebih cerah.

Berita Bertarikh Pada 10:28 AM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved