ads

Sabtu, 2 Februari 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


20 DIJANGKITI KOLERA <b>DI PAPAR</b> - ROSNAH - Papar Sabah 2U <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 01:10 AM PST

PAPAR, 23 Jan (Bernama) -- Dua kes jangkitan kolera membabitkan 20 orangdilapor berlaku di daerah ini semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan DatukRosnah Abdul Rashid Shirlin.Katanya kejadian membabitkan 18 orang dari Pusat Tahanan Sementara Papar dandua lagi dari Taman Limau-Limauan."Saya dimaklumkan kejadian di Limau-Limawan disebabkan makanan yang dibelidi tamu malam (pasar malam) dan kedua ...

OnePapar Feed

Wow!!! 2 Video Reviu BlackBerry Z10 Bocor, <b>Papar</b> Kehebatan <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 07:50 PM PST

Wow!!! Perkataan pertama yang kami mampu luahkan apabila mengetahui bahawa 2 video yang membuat reviu tentang peranti terbaru dari Research In Motion (RIM) iaitu BlackBerry Z10 telah dimuat turun hari ini di Jerman. Seperti yang kita sedia maklum bahawa RIM akan memperkenalkan sistem operasi terbaru mereka iaitu BlackBerry 10 (BB10) pada 30 Januari nanti.

Bersama-sama pelancaran BB10 nanti, RIM turut akan memperkenalkan 2 peranti terbaru mereka iaitu BlackBerry Z10, telefon pintar dengan skrin sentuh sepenuhnya dan BlackBerry X10, telefon pintar dengan pad kekunci QWERTY. Sebelum ini, beberapa kali gambar peranti BlackBerry Z10 telah bocor begitu juga dengan sistem operasi BB10.

Apa yang menarik kali ini, ia adalah dalam bentuk video berdurasi 7 minit 29 saat yang mana mereka membuat ulasan dan reviu terhadap BlackBerry Z10 yang belum dilancarkan. 1 lagi video pula berdurasi 34 saat yang memaparkan contoh rakaman video yang diambil dari kamera BlackBerry Z10 pada waktu malam. Kedua-dua video ini diberi ulasan dalam bahasa Jerman.

blackberry z10 video 03

Walaupun peranti BlackBerry Z10 yang digunakan oleh mereka adalah peranti bagi tujuan pengujian, namun berdasarkan video tersebut, kami berpendapat produk akhir yang akan dilancarkan nanti tidak jauh berbeza. Berdasarkan apa yang kami lihat pada video tersebut, sistem operasi BB10 sangat mengujakan di samping prestasi peranti BlackBerry Z10 yang tampak lancar.

Spesifikasi BlackBerry Z10

Antara spesifikasi utama BlackBerry Z10 ialah:

  • Pemprosesan 1.5Ghz dual core OMAP 4470
  • Skrin bersaiz 4.2 inci dengan definasi tinggi (HD) beresolusi 1280 x 768 piksel
  • Kamera belakang 8Mp dan kamera hadapan 1.9Mp
  • Memori bersaiz 2Gb
  • Storan berkapasiti 16Gb
  • Bateri 2,100 mAh (boleh dibuka/ditukar ganti)
  • Dimensi saiz : 129 x 65 x 8mm
  • microSD, microUSB, HDMI

Selain daripada spesifikasi di atas, skrin BlackBerry Z10 juga dilindungi oleh kaca tahan calar. Manakala pada bahagian belakang peranti dilindungi oleh pelindung yang boleh dibuka dan diperbuat daripada bahan yang tidak licin bagi memberi keselesaan kepada pengguna memegangnya.

Video dan gambar yang dirakam menggunakan BlackBerry Z10 juga agak menarik walaupun dirakam pada waktu malam atau ketika kekurangan pencahayaan yang baik. Ini dapat dilihat pada rakaman video berdurasi 34 saat di bawah.

Sistem Operasi BlackBerry 10

RIM telah membuat perubahan besar pada sistem operasi BlackBerry 10 (BB10). Yang paling jelas ialah tiada lagi bebutang fizikal atau bebutang maya pada BlackBerry Z10. Bebutang fizikal atau maya yang kami maksudkan ialah bebutang kekal seperti Home yang semestinya ada tidak kira apa pun sistem operasi seperti Android, iOS dan Windows 8.

blackberry z10 video 06

Jadi, bagaimana pengguna ingin membuat navigasi pada BB10? RIM telah memperkenalkan cara baru bagi membuat navigasi pada sistem operasi BB10 melalui 4 gerak isyarat yang mudah (gestures) yang memerlukan pengguna meleretkan sentuhan pada skrin BlackBerry Z10. Gerak isyarat yang diperkenalkan oleh RIM bukan perkara baru, namun bagi sistem operasi lain, ia lebih kepada pilihan kepada pengguna. Namun, ia menjadi mandatori bagi sistem operasi BB10 yang baru nanti.

blackberry z10 video 04

Secara peribadi, kami sangat tertarik melihat kelancaran penggunaan gerak isyarat bagi membuat navigasi di dalam sistem operasi BB10 yang ditunjukkan melalui video peranti BlackBerry Z10. Apabila sentuhan dileretkan dari atas ke bawah, akan memaparkan konfigurasi telefon pintar. Apabila sentuhan dileretkan dari bawah ke atas, akan memaparkan Task Manager. Apabila sentuhan dileretkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya akan memaparkan BlackBerry Hub, Senarai Aplikasi dan sebagainya. Sukar untuk kami jelaskan dalam perkataan. Untuk memahami dan mempercayainya, apa kata pembaca luangkan masa 7 minit 29 saat dengan menonton video eklusif Reviu BlackBerry Z10 Bahagian 1 di bawah.

Apa yang menarik perhatian kami ialah efek animasi yang dihasilkan apabila sentuhan gerak isyarat dibuat terutama dari bawah ke atas. Ia seolah-olah sentuhan pada air dan ia nampak nyata dan sangat lancar. Walau bagaimanapun, kami merasakan pada peringkat awal mungkin agak sukar bagi pengguna baru memahami bagaimana navigasi pada sistem operasi BB10 ini berfungsi. Namun, setelah dipraktikkan, kami merasakan bahawa kaedah navigasi yang diperkenalkan oleh RIM lebih cepat dan lebih futuristik.

Rumusan

Walaupun RIM belum membuat pelancaran rasmi sistem operasi BlackBerry 10 dan peranti BlackBerry Z10, berdasarkan video yang telah dirakam, kami berpendapat bahawa RIM berusaha keras bagi menambat kembali hati pengguna. Setakat ini, kami merasakan banyak perubahan besar telah dilakukan dan mungkin semasa pengumuman rasmi nanti, lebih banyak keistimewaan dan kelebihan BB10 dan BlackBerry Z10 yang akan ditonjolkan.

blackberry z10 video 04

Perlu diingatkan bahawa penulisan di atas adalah berdasarkan peranti BlackBerry Z10 di peringkat pengujian. Produk sebenar yang akan dilancarkan oleh RIM pasti sedikit berbeza. Walau apa pun, kami merasakan tidak banyak perbezaan yang besar. Bahkan mungkin ia lebih baik.

Menurut sumber yang sama, RIM akan membuat pelancaran rasmi BlackBerry 10 pada 30 Januari ini dan akan diadakan serentak di 6 buah bandar utama. Pelancaran serentak buat kali pertama. Peranti BB10 dijangka akan mula dipasarkan pada bulan Februari. Apa pendapat pembaca? Adakah ia mampu memberi saingan kepada Sony Xperia Z yang telah dilancarkan semasa pameran CES 2013 pada minggu lepas?

Sumber : Telekom Presse via CrackBerry

Artikel ini menarik ?
Jika anda merasakan artikel ini menarik, sila berikan sedikit komen dibawah ini. Untuk mendapat update terkini, sila LIKE kami di facebook dengan klik di
pautan ini.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved