ads

Selasa, 26 Februari 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Ketegangan <b>di Lahad Datu</b> 1: Teruskan Melayan Penyamun!

Posted: 22 Feb 2013 04:59 AM PST

"Dari setinggan dan gelandangan,  sekarang mereka menjadi penyamun merayau ke Lahad Datu"
Pertama sekali, sebagai makluman. Dari berakhirnya  zaman ais 12,000 tahun lepas sampai ke hari ini, tiada sebarang bukti, tiada perjanjian dan tiada apa-apa kes mana-mana sultan dari kepulauan Filipina pernah menguasai kawasan persisiran sungai Mengalong, Sipitang, sama ada ada dari muara / kuala Mengalong sampai ke ulunya yang bercabang dari sungai Padas. Jadi urusan Lahad Datu tiada kes dengan orang-orang Sipitang seperti saya.
Orang-orang Sipitang juga sebenarnya agak militan berbanding dengan kawasan sekitar di pedalaman Sabah. Pada 1915 Antanum dan penyokong beliau telah menyerang pusat pentadbiran British di Mesapol. Di antara tahun 1942-1945, Datuk Mohd Yassin dan pengikutnya adalah sekutu rapat Tun Mustapha di dalam pergerakan gerila menentang pendudukan Jepun di Borneo Utara. Pada tahun 1962 pula, Sipitang salah satu daripada pusat pergerakan Tentera Nasional Kalimantan Utara yang memberontak mengikuti idealisme gagasan A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei untuk membentuk negara Kalimantan Raya walaupun akhirnya dipatahkan oleh British.
Akan tetapi setelah dicongak-congak semula, ada kes atau tidak sebenarnya adalah soal yang lain. Sempadan Sabah telah ditentukan merentang dari daerah Sipitang sehingga ke Lahad Datu dan pulau Sebatik, apa nak buat. Hendak tidak hendak rasa terhina ada terpalit juga. Bayangkan kami orang-orang Sipitang yang berjiwa merdeka ini hendak dibuli oleh orang-orang dari kepulauan Filipina yang mengaku sultan, lebih mundur dan rasanya lebih miskin dari kami sendiri.

Lagi pula, masalah besar bertimpa-timpa dirasa apabila sebuah negara berdaulat seperti Malaysia sanggup mencemar duli berunding dengan sekumpulan penyamun dan penyangak yang tidak reti undang-undang.

Kelihatan sekarang ini kita berhadapan dengan hiruk pikuk bayangan masa lampau. Di sana-sini berbondong-bondong keluar segala kura-kura yang mengaku bijak pandai sejarah untuk mewajarkan pencerobohan sekumpulan manusia yang mengaku waris kesultanan yang telah lesap ditelan zaman. Konon mengikut salasilah keturunan mereka, pada kurun ke-21 ini mereka masih berhak hendak menentukan untung nasib penduduk bahagian Utara pulau Borneo.

Hakikatnya pada 1963, penduduk Sabah telah memutuskan untuk menyertai Malaysia dan perkara ini pernah dimuatkan dalam artikel bertajuk "Kesultanan Sulu: Berapa Lama Hendak Meneran"  dan "Sebuah Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan".

Malaysia adalah negara berdaulat yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, begitu juga dengan negara Filipina. 

Hal ini adalah berbeza dengan 'Kesultanan Sulu'. Negara tiada. Kerajaan tiada. Kedaulatan pun tiada.

Dengan mengaku mengatakan bahawa telah menubuhkan tentera diraja 'kesultanan Sulu' sejak tahun 1999 di negara Filipina, taraf mereka adalah setinggan kerana menubuhkan kerajaan Sulu maya (virtual Sulu sultanate) di dalam sebuah negara sebenar iaitu Filipina. Kemudian, dengan mengaku bahawa telah menubuhkan tentera sendiri sejak 14 tahun lepas mereka adalah gelandangan yang dikenali oleh kerajaan Filipina. Mustahil sekumpulan manusia gelandangan berpakaian ala tentera lengkap bersenjata boleh merayau ke sana ke mari tanpa dikesan di negara berkenaan.

Dari menjadi setinggan dan gelandangan, apabila sekarang merayau ke Lahad Datu dan mahu tinggal di Sabah, mereka adalah penyamun.  Penyamun kerana masuk ke negara asing, yakni Malaysia, lengkap bersenjata tanpa menghiraukan undang-undang negara ini dengan tujuan hendak merompak tanah kepunyaan Malaysia.
Malang bagi orang-orang kampung yang memiliki sedikit kemahiran membuat 'bakakuk' iaitu senjatapi buatan sendiri yang popular di Sabah. Asal tertangkap, penjara adalah sesuatu yang pasti bagi mereka. Sedangkan apabila sekumpulan penyamun bersenjata serba canggih berbanding dengan 'bakakuk' menceroboh masuk, rundingan berminggu-minggu dijalankan dengan penuh hemah dan penuh rahsia. Sangat rahsia sehingga kita terpinga-pinga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku walaupun telah 10 hari berlalu.
Teruskanlah merendahkan martabat negara dengan berunding dengan penyamun. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved