ads

Isnin, 25 Februari 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Situasi <b>di Lahad Datu</b> dengan 150 orang penceroboh Sulu <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 07:06 PM PST

Situasi buntu di Lahad Datu dengan 150 orang penceroboh Sulu menimbulkan banyak tanda tanya.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan masa bagi pengusiran kumpulan penceroboh di Lahad Datu akan tetapi lanjutan sedemikian "tidak boleh terlalu panjang, memandangkan kementerian tidak akan berkompromi dengan perkara yang mampu mengancam kedaulatan negara".

Jelas, Menteri Dalam Negeri tidak senada dengan majoriti rakyat Sabah dan Malaysia yang sama-sama merasakan bahawa kedaulatan dan keselamatan negara telah dikompromi pada permulaan pencerobohan itu lagi dan situasi buntu dengan 150 militia Sulu dalam kawasan Sabah di Kampong Tanduo dalam Felda Sahabat, Lahad Datu sejak 9 Febuari.

Berkenaan isu sama ada kedaulatan dan keselamatan negara telah diancam oleh pencerobohan yang kononnya tentera Kesulatanan Sulu, kebanyakkan rakyat Malaysia terbukti lebih patriotik berbanding Menteri Dalam Negeri sendiri dalam hal ini.

Sebenarnya, soalan yang semakin ditanya-tanya rakyat Malaysia adalah mengapa Hishammuddin menyerahkan kepada Wisma Putra bukannya kepada Kementerian Pertahanan?

Bolehkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa beliau bertegas bahawa Hishammuddin dan pihak polis yang sepatutnya menguruskan situasi penceroboh Sulu apabila sepatutnya Menteri Perhanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan tentera?

Sehingga kini rakyat Sabah dan Malaysia masih tergapai-gapai tentang bagaimana terdapat kelompongan pada kawalan keselamatan sejak awal lagi melibatkan tentera laut, pasukan tentera, pasukan maritime dan polis sehingga mengakibatkan pencerobohan militia Sulu.

Siapa yang bersedia kedepan dan bertanggungjawab terhadap kelompongan dalam kawalan keselamatan dan situasi buntu yang sudah masuk minggu ketiga, mengancam bukan saja kedaulatan dan keselamatan negara tetapi memberikan imej buruk kepada Malaysia apabila pemimpin kerajaan berulang kali berbangga bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara – Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri atau pegawai-pegawai di dalam pasukan tentera atau polis, siapakah yang akan dipersalahkan?

Apa yang rakyat Sabah dan Malaysia tahu ialah kegagalan beberapa tarikh akhir yang kabur untuk militia Sulu itu kembali ke Filipina sejak dua minggu lalu.

Sedih dan memalukan apabila sepanjang dua minggu, rakyat Sabah dan Malaysia terpaksa mencari di internet untuk membaca tentang apa yang sedang berlaku berkenaan situasi Lahad Datu daripada media Filipina kerana terdapat sekatan maklumat yang serius terhadap isu itu di dalam media Malaysia – satu lagi reputasi buruk antarabangsa buat nama Malaysia!

Saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan sekatan maklumat terhadap situasi Kampung Tanduo daripa media Malaysia dan kerajaan Malaysia sepatutnya mula memberitahu rakyat Sabah dan Malaysia apa sebenarnya terjadi di Kampung Tanduo, bermula dengan lawatan Perdana Menteri sendiri untuk "Listen, Listen, Listen" kepada rakyat di Lahad Datu.

This entry was posted on Monday, 25 February 2013, 11:06 am and is filed under Hussein Hamid, Najib Razak, Police, Sabah. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0.  

tentera sultan sulu <b>di lahad datu</b>: antara <b>...</b> - Kelapa Mawar

Posted: 16 Feb 2013 12:00 AM PST

LAPORAN DARI MANILA: Menurut AFP Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.

"Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)

"Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami," katanya kepada pemberita di Manila.

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina.

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian.

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana.

"Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah," katanya kepada AFP.

Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi.

"Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah," katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu 'sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka'.

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved