10 di kunak - Google Blog Search |
Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah |Hijau Rimba 3 Posted: 15 Sep 2012 11:27 AM PDT Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah. Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik. Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah : ~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang, ~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong ~ Gua Madai di Madai ~ Tasik Impian Di Mostyn ~ Kelab Golf di Mostyn ~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn ~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957) ~Telaga Tujuh di Pangi ~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang ~ Bahan Artifak di Tingkayu Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang. Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan. Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu. Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap. |
Salam Malam Jumaat: Kisah <b>di Kunak</b> Posted: 13 Dec 2012 03:19 AM PST Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan sampaikan kisah pengalaman seram saya buat tatapan semua. Kisah nie berlaku semasa berumur 13/14 tahun dan kisah nie sudah lama berlaku adakalanya saya tidak ingat kisah nie bila saya menulis semula point saya baru saya ingat semula. Kisah nie berlaku semasa saya, family dan saudara saya pergi melancong ke Kunak sebelum ke Semporna pada musim cuti sekolah. Memang seronok la bila kamu bertemu dengan family kamu apatah lagi bila bertemu dengan sepupu bukan. Itu la perasaan bila diberitahu yang bila mau pergi melawat mak cik Ros saya di Pangkalan Madai, Kunak. Dimana kami pernah pergi kesana sudah (tak bermalam di sana) dan kira kali kedua kami ke sana la. Suasana paya bakau dengan persekiran yang aman bila disana dan juga haiwan-haiwan yang terdapat disana. Malah dua mak cik saya (kakak tua kepada mak cik Ros saya di Kunak) turut mau join sekali melawat dia di Kunak. Selepas mengambil mereka di Airport dan bermalam satu hari di rumah saya untuk membuat preparation untuk perjalanan keesokkan harinya. Memang seawal jam 6 pagi sudah kami memulakan perjalanan kami kerna menggelak daripada kesesakan lalu lintas sebab masa tu adalah musim cuti sekolah. Dekat 3jam setengah baru kami sampai ke simpang memasuki pangkalan Madai yang kira berdekatan dengan simpang ke Gua Madai. Dan mengambil masa 30minit untuk sampai kerna jalan tu masih belum bertar lagi kira garble dan kena lalu beberapa kampung untuk sampai ke destinasi tu. Suasana memang seronok sekali dan kegembiraan bila bertemu dengan keluarga kami. Persekitaran memang 100% paya bakau bersama dengan sebatang sungai (yang digunakan oleh boat untuk memancing ikan ke laut) dan binatang-binatang yang unik boleh dilihat secara berdepan bukan yang dibaca dari buku. Contohnya seperti ikan yang boleh menembak air untuk menjatuhkan mangsanya (tak ingat nama ikan nie), burung raja udang (Kingfisher) dan biawak (monitor lizard). Kebaikan di sana adalah dapat memakan ikan yang segar lepas ditangkap (yang sering diberikan kepada suami mak cik Ros saya kerna bekerja di sana). Nie kisah seram pada malam harinya, memang tempat tu aman akan tetapi bila malam harinya keadaan macam sunyi semacam saja yang kamu boleh dengar adalah bunyi kodok dan bunyi-bunyi unggas di paya bakau tu. Nie saya kasi cut direct pigi time tidur, dimana bila setiap kali saya mau tidur ada terdengar macam ada benda menyeret di luar mangkin lama bunyi mangkin dekat tapi di luar ringkap tu terang kerna pada malam tu bulan penuh tiada apa-apa diluar. Pernah nie saya dengar yang adik saya nie ternampak bila terbangun tengah malam, ada benda terbang perlahan-lahan di luar tingkap atau lebih lanjut kepala terbang (pandai-pandai la sebab kamu tau apa benda tu) apa lagi dia terus berpeluk dengan mak saya ketakutan sampai tertidur. Nie berlaku pada malam pertama kami bermalam disana. Lepas tu bila kami bermalam disana, kami sudah tau apa nak buat. Kamu semua memang tidak tau wujudnya kolam air panas selain Kolam Air Panas Poring dan di Tawau bukan? Memang wujudnya satu lagi kolam air panas di Kunak, itu yang kami dapat tau selepas pak cik Jo (suami Mak cik saya Ros) memberitahu tempat tu. Kolam air panas nie tak ramai yang pergi kerna ia terletak di tempat yang terpencil dan untuk memasuki tempat tu kena melalui beberapa ladang kelapa sawit untuk sampai ke sana. Kolam air panas tu berada berdekatan dengan sebatang sungai dan dikelilingi dengan hutan. Memang syiok la bila tau, tak payah pigi jauh-jauh untuk mandi air panas. (Maaf la jalan masuk ke kolam air panas tu saya sudah lupa sebab ia sudah happen 11 tahun yang lalu, kalau mau tau kena cari-cari orang di sana untuk tau tempat itu pun kalau mereka tau la). Direct pegi kisahnya, bila sampai memang la orang yang lebih tua akan baca-baca sesuatu dan memberi salam kerna tempat itu tempat baru dan tempat tu terpencil sangat. Bagi yang masih kecil memang seronok la bila dapat bermandi-manda di kolam air panas dan mandi sungai. Bagi saya lain pula terasa macam ada benda menengok kamu nie, perasaan tu lain macam sangat apabila kehadiran kamu di sana dilihat oleh sesuatu. Yang uniknya termpat tu bersih sangat bagaikan ada benda menjaganya malah batu-batuan disekitar kolam dan sungai hampir kesemuanya berwarna hijau (ada minta izin ambik batu tu tapi tak ingat mana hilang sudah batu tu), batu unik nie bila basah ia hijau manakala bila ia kering pula ia macam batu sungai biasa dengan sedikit bintik-bintik berwarna hijau. Memang ada yang sepupu yang kecil dan adik saya sendiri menangis macam ada benda di sana. Bukan itu saja saya sendiri pun ada nampak benda tu berdiri di tepi sungai tu yang menengok ke arah saya nie, macam lembaga sederhana besar memang gelap bentuk benda tu. Walaupun pak cik Jo nie cina tapi kerna sudah biasa tinggal dengan penduduk kampung maka dia tahu, dia bersama-sama dengan bapa saya memberikan sedikit makanan (yang memang kami bawa untuk berkelah di sana) dan diletakkan di pokok besar yang terletak berdekatan dengan kolam air panas dan sungai (kira tengah-tengah). Lepas tu perasaan tu sudah hilang, bagaikan benda yang tinggal di sana membenarkan kami semua berada di sana. Memang la bila habis semua sampah dan sisa makanan tu kami kasi bersih serta kami kasi tinggal makanan lebihan tu dekat pokok tu. Lepas tu, tiada sudah kisah pengalaman saya nak ceritakan kerna selepas cerita nie tiada kisah seram berlaku sudah. Maka sekian dulu cerita saya buat malam nie. Jangan disangkakan manusia sahaja ada perasaan ingin tahu malah binatang dan mahluk lain turut mempunyai perasaan nie. Selalu pada malam pertama mahupun kali pertama kamu di tempat baru mesti ada benda lain bersama-sama dengan kamu mahupun datang melihat sahaja. Kamu bagaikan orang asing yang datang ke tempat "mereka" nie dan "mereka" nie hanya ingin tahu siapa yang datang sahaja. Walaupun "mereka" nie tak boleh dilihat dengan mata kasar bukan bermakna "mereka" nie tak wujud. Maka petua orang dulu-dulu tiada maknanya akan tetapi setiap petua tu ada sebabnya untuk mengelak daripada perkara-perkara buruk bakal menimpa. Memang ramai main langgar bila di tempat terpencil seperti sungai, kolam mahupun air terjun; petua tak dibuat maka berlakunya kematian seperti mati lemas mahupun hilang. Bila kena baru merana dan menyesal berpanjangan. Bila dunia dah moden, apa yang dahulu dilupakan dan dikatakan karut. Petua tu hanya mengelak sahaja tak lebih dari itu, ikut atau menyesal. Ingat di tempat baru selalu ingat untuk memberi salam kerna bukan kita sahaja di dunia nie malah ada mahluk ghaib lain turut menumpang di dunia nie. Nantikan cerita kedua saya "Seorang diri" di lain masa. |
You are subscribed to email updates from di kunak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan