10 di keningau - Google Blog Search |
Kalau bukan KITA,SIAPA lagi: Harapan pemuzik <b>Keningau</b> semakin <b>...</b> Posted: 16 Jan 2013 10:56 PM PST Keningau merupakan sebuah daerah yang boleh dikatakan ramai juga penduduknya yang terdiri dari berbilang suku kaum dan bangsa.Ada yang local (sabahan),dan ada juga yang international (pendatang).Tapi,tak kisahlah sebab saya bukan nak bagi info pasal penduduk disana..:) Kalau anda lihat gambar di atas tu,nampak mcm sebuah logo biasa jak kan.Tetapi,logo itu adalah HARAPAn kepada pemuzik pemuzik di keningau sekarang ini.Logo tersebut adalah milik sebuah stdio rakaman yang terletak di daerah Keningau.Kalau secara tepatnya,saya kurang pasti.tetapi kalau nak tahu pemilik studio itu,saya yakin dimana tauke merangkap sound engineer bagi studio tersebut adalah Mohd Al Fatih atau naga glamornya UYU. Uyu adalah orang yang bertanggungjawab melahirkan beberapa buah hasil karya yang boleh dibanggakan.siapa kata,orang orang jauh dipedalaman serba kekurangan.Itu pepatah sebelum tahun 2000 lah bro,now its a new era with full of software.perghh,speking plak saya .....:P Kalau anda lihat FB brader ni,dia juga merupakan seorang pemuzik dan juga merupakan salah seorang ahliu kumpulan yang sangat femos dengan lagu 28 Minit.Sudah pasti anda tahu akan lagu tu kan.Nahh,dialah ni orangnya.Ahli kumpulan Nokuro 29.Saya antara salah seorang peminat kepada lagu tersebut.Saya boleh anggap lagu tu adalah lagu pencetus idea kepada lagu lagu baru dimana dalam lagu tu,penggunaan 3 bahasa diselitkan oleh band Nokuro 29 ini.Siap ada suara sumandak lagi kan.. Haa,tu dia gambar UYU (ditengah) ketika zaman mudanya.hehehe,jangan mare ya bro.Baiklah,berbalik kita kepada story studio milik UYU ini.Studio ini merupakan hasil usahanya sendiri dengan bantuan member member rapatnya.Memang benar,saya belum lagi menjejakkan kaki ke studio ini.Tapi,insyallah,dalam masa terdekat ini saya PASTI akan masuk dan mendapatkan infomasi lanjut.Siapa sangka,studio yang serba kekurangan dari segi peralatan canggih, kemudahan yang selesa seperti studio rakaman di bandar telah melahirkan beberapa buah artis rakaman.Itulah,bak kata pepatah HENDAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH.Antara artis yang telah dilahirkan dari studio ini adalah kumpulan Buzzing Joker.Yanag mana juga anak jati kelahiran daerah keningau.EP mereka sedang dalam proses promosi disekitar Keningau.Dan telah berjaya memasuki carta lagu di stesen radio KeningauFM Inilah,yang kita harapkan dengan adanya studio rakaman seperti ini dapat memberikan semangat dan harapan kepada belia belia disekitarnya untuk bekarya dan boleh dikongsikan kepada peminat mereka melalui CD AUDIO.Diharapkan UYU akan teruskan usaha mncari bakat bakat baru terutamanya belia belia dikeningau untuk menghasilkan lagu lagu yang mantap. Pada yang tak pernah dengar lagu 28 minit,meh kita check it out youtube kat bawah ni... |
RAKYAT MARHAEN: Kenapa hantar IC, Mykid tidak dituntut ke <b>...</b> Posted: 29 Jan 2013 11:03 PM PST KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menjelaskan berhubung arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengembalikan semua kad pengenalan atau Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dan dihantar ke Keningau, Sabah terlebih dahulu sebelum dihantar ke JPN, Putrajaya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar merujuk kepada satu surat arahan dari Ibu Pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 yang dihantar kepada semua Pengarah JPN peringkat negeri dan daerah. Kata beliau, surat yang meragui itu juga turut menyatakan alamat yang perlu digunakan bagi tujuan penghantaran kad pengenalan dan Mykid. "Saya minta kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tampil buat penjelasan berhubung dengan satu surat dari JPNM yang amat meragui. "Surat tersebut telah mengarahkan semua JPN di peringkat negeri dan daerah mengembalikan kesemua kad pengenalan dan Mykid yang tidak dituntut dalam masa lapan belas bulan dihantar ke Keningau," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.
Malah, kad pengenalan tersebut perlu dihantar ke Taman Adika 8, Lot 17, 89000 Keningau Sabah dan turut mengarahkan agar tidak menggunakan pos biasa bagi mengelakkan kelewatan tiba di Unit PC. "Apa tujuan sebenarnya perlu di hantar ke Keningau, jika betul auditor sedang berada di sana kerana tugas, saya pasti beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk membuat pemeriksaan ke atas kad pengenalan dan Mykid yang dihantar itu. "Ini jelas akan ada manipulasi terhadap kad pengenalan tersebut apatah lagi bila pilihanraya umum yang semakin hampir," tambah beliau lagi. Surat yang ditandatangi oleh Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar itu juga memberitahu penggunaan beg berkunci tidak dibenarkan dengan alasan pegawai pendaftar di Keningau tidak mempunyai kunci untuk setiap beg. Mahfuz yang juga turut meminta kerajaan terutamanya JPNM turut memberitahu jumlah sebenar kad pengenalan dan Mykid yang tidak dituntut dalam tempoh tersebut serta memaklumkan bila dan di mana akan dihapuskan. |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan