10 di beluran - Google Blog Search |
546 nelayan <b>di Beluran</b> terima elaun sara hidup | The Borneo Insider Posted: 29 Jan 2013 05:21 AM PST BELURAN, 29 Jan, 2013: Sebanyak 546 nelayan dari kawasan Beluran menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 seorang di sini hari ini. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dalam ucapan perasmian pada majlis itu berkata jumlah peruntukan keseluruhan bagi pemberian elaun sara hidup nelayan itu berjumlah RM109,200. Katanya pemberian elaun sara hidup nelayan ini merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat nelayan di negara ini. "Saya percaya ia (elaun) ini akan menjadi pendorong kepada para nelayan untuk terus berusaha gigih, dalam memajukan industri perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi khususnya di negeri Sabah dan Malaysia amnya," katanya. Teks ucapannya disampaikan anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee. Menurutnya selain elaun ini, nelayan juga menerima bantuan subsidi minyak petrol dan diesel untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut. Beliau berkata di samping itu, nelayan juga dibayar wang insentif tangkapan iaitu RM0.10 sen bagi setiap sekilo ikan yang ditangkap. |
You are subscribed to email updates from di beluran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan