ads

Rabu, 30 Januari 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Imigresen <b>Negeri</b>-<b>Negeri</b> Tanah Melayu, Sarawak dan <b>Sabah</b>

Posted: 26 Jan 2013 06:59 AM PST

Pasti ramai di antara kita sekarang ini tidak mengetahui akan hal imigresen di Malaysia ini dan keunikan di sebaliknya. Kita semua sedia maklum bahawa jika sesiapa yang mahu keluar dan masuk dari Malaysia perlu mempunyai dokumen perjalanan yang sah iaitu Passport. Namun begitu, bukan perjalanan masuk dan keluar daripada Malaysia sahaja yang perlu menggunakan passport / visa pelawat. Terdapat satu undang-undang Imigresen khas di negeri Sabah dan Sarawak di mana sesiapa yang masuk ke wilayah-wilayah Malaysia ini perlu menggunakan passport.
Semua warga Malaysia adalah bebas untuk keluar masuk dari mana-mana negeri di Semenanjung dan mereka tiada sekatan masa untuk menetap dan bekerja di mana-mana negeri di Semenanjung. 
P.S : Warga Semenanjung tidak perlukan dokumen perjalanan di mana-mana negeri di semenanjung tetapi perlukan dokumen perjalanan untuk pergi ke Sabah dan Sarawak.
Wilayah Borneo Utara ini secara umum terbahagi kepada dua entiti iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri Sabah. Mereka yang berasal daripada mana-mana negeri di Semenanjung perlu menunjukkan passport apabila mereka pergi ke Negeri Sabah. Kad pengenalan juga boleh digunakan, di mana mereka akan diberikan surat perjalanan (visa pelawat) selama 90 hari untuk tujuan sosial di Sabah. Mereka yang berasal daripada Sarawak pula tidak perlu menggunakan passport untuk pergi ke Sabah dan mereka tidak mempunyai sekatan masa untuk berada di Sabah. Passport tidak diperlukan untuk masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan kepada semua warga Malaysia. Untuk tujuan bekerja pula, Permit Kerja adalah diperlukan.
Sekiranya anda tinggal lebih masa di Sabah daripada tempoh 90 hari, maka anda akan dikenakan kompaun sementara peluang diberikan selama 5 tahun kepada anda untuk keluar dari Negeri Sabah untuk memperbaharui pas pelawat anda.
P.S : Warga Sabah tidak perlukan dokumen perjalanan apabila pergi ke Semenanjung, tetapi perlukan dokumen perjalanan apabila pergi ke Sarawak. 
Kemasukan di Sarawak adalah lebih ketat jika dibandingkan dengan di Negeri Sabah. Semua warga Malaysia daripada Semenanjung DAN Sabah perlu menunjukkan passport / Kad pengenalan apabila anda masuk ke Negeri Sarawak. Visa pelawat selama 90 hari akan diberikan kepada anda untuk berada di Sarawak untuk tujuan lawatan sosial. Permit Kerja adalah diperlukan jika anda bekerja di Sarawak. Jika anda ada keperluan untuk tinggal lebih masa di Sarawak, anda perlu memperbaharui visa anda (passport sahaja) di Jabatan Imegresen selama tambahan 90 hari lagi dan anda perlu keluar daripada Sarawak sebelum tempoh tersebut tamat. Jika anda didapati tinggal lebih daripada had masa, anda akan dikenakan denda, nama anda akan disenarai hitam dan tidak akan dibenarkan untuk masuk lagi ke Sarawak di masa akan datang.
P.S : Warga Sarawak tidak memerlukan apa-apa dokumen perjalanan untuk pergi ke mana-mana negeri di Malaysia.

ucapan takziah <b>di</b> atas pemergian almarhum cikgu amir mahmud

Posted: 29 Jan 2013 05:38 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia Negeri  Sabah  (PAS Sabah) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Almarhum  Cikgu Amir Mahmud yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Selasa 30 Januari 2013.

 
Sesungguhnya  pemergian Almarhum merupakan kehilangan besar buat semua ahli, pendukung dan penyokong PAS di negeri Sabah ini. Semoga segala khidmat dan pengorbanan yang Almarhum persembahkan kepada perjuangan Islam mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Rabbul Jalil.

 
Bagi pihak  seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS Negeri Sabah, sekali saya saya mengucapkan takziah  dan berharap kepada semua keluarga, sahabat-handai, pendukung dan penyokong PAS di seluruh Negeri Sabah agar bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT,  InsyaAllah.

Mohd Aminuddin Aling
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
18 Rabiulawal 1434H / 30 Januari 2013M

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved