ads

Selasa, 29 Januari 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Elaun Sara Hidup Nelayan usaha basmi kemiskinan <b>di Sabah</b> ~ You <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 12:12 AM PST


Perlaksanaan program Elaun Sara Hidup Nelayan amat bersesuaian dan bertepatan serta selari dengan usaha kerajaan negeri untuk mengatasi atau mencapai sifar kemiskinan di negeri ini pada masa akan datang.
Seperti yang kita sedia maklum negeri Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin yang agak tinggi dan nelayan merupakan antara golongan yang seringkali dikaitkan dengan gejala kemiskinan, kata Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Peter Pang En Yin ketika merasmikan majlis penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan kawasan Sandakan di dewan masyarakat kelmarin.
Justeru itu, pelaksanaan program ini juga amat amat bersesuaian dan bertepatan serta selari dengan usaha kerajaan negeri untuk mengatasi atau mencapai sifar kemiskinan di negeri Sabah pada masa akan datang, katanya.
Program Elaun Sara Hidup Nelayan ini sebenarnya merupakan antara usaha dan inisiatif pihak kerajaan bertujuan untuk membantu masyarakat nelayan di Kawasan Sandakan khasnya dan di negeri Sabah amnya. Difahamkan seramai 734 orang nelayan serta penerima yang layak dari kawasan Sandakan yang akan menerima Elaun Sara hidup nelayan iaitu sebanyak RM200 seorang, melibatkan sejumlah peruntukan RM146,700, tambah beliau.
Masyarakat nelayan juga mestilah menjadikan pemberian elaun ini sebagai satu pendorong untuk terus berusaha gigih, demi menyara hidup keluarga, meningkatkan pendaratan ikan dan sekaligus membantu memajukan industri perikanan serta menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi di negeri Sabah khasnya dan di Malaysia amnya, kata Pang.
Tambah beliau, para nelayan harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana selain bayaran Elaun Sara hidup, mereka juga menerima bantuan subsidi minyak petrol dan diesel yang diberi untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut. Di samping itu apabila balik daripada laut mereka juga dibayar wang insentif tangkapan iaitu 0.10 sen bagi setiap sekilo ikan yang ditangkap.
Pang berharap agar semua bantuan yang diberi ini dianggap sebagai tambahan pendapatan kepada masyarakat nelayan, dengan itu wajarlah jika menyimpan atau menabung bantuan ini dan digunakan pada masa yang benar-benar diperlukan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved