ads

Rabu, 23 Januari 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: PAKATAN YAKIN MENANG <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 22 Jan 2013 08:54 PM PST



SEMANGAT....PARA penyokong Parti  PKR Ranting Kg Forest  bergambar bersama-sama para pemimpin kanan parti Pakatan Rakyat.
Oleh : SHAIMON S JUMADI           Foto :SAFFIE S JUMADI
RAKYAT di negara ini sudah jelak dan bosan terhadap gelagat para pemimpn UMNO dan BN yang banyak membuat janji itu dan ini  tetapi hanya 30 peratus saja yang ditunaikan dan selebihnya akan ditunaikan bila menjelangnya kempen pilihanraya untuk memancing undi rakyat.
Kalaupun ada  kemudahan-kemudahan yang diageh-agehkan hanya kaum kerabat dan kroni-kroni ADUN saja yang selebihnya hanya menungguh bila bulan dan bintang jatuh keribah.
Memang tidak dinafikan sejak kebelakangan ini kerajaan BN banyak menyalurkan pelbagai jenis bantuan tidak putus-putus kepada rakyat tetapi  itu duit siapa yang mereka gunakan tersebut adalah duit  rakyat. Para pemimpin BN/UMNO menggunakannya untuk menambat hati rakyat dengan bermacam-macam tipu muslihat.
Mazri Nasir Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyar (PKR) Sandakan berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan Siratulrahim dengan penduduk  Kampung Forest DUN Elopura,  malam tadi.
Katanya kerajaan Bn/UMNO banyak membuat hati rakyat Sabah marah kerana telah mencabuli hak-hakm asasi rakyat contohnya perampsan tanah-tanah milik orang-orang kampung yang telah diusahakan selama 4 generasi dengan senang wenangnya tanah-tanah mereka jadi milik orang-orang Cina Semenanjung yang didalangi oleh Pengarah Tanah dan Ukur untuk menukar geran-geran bertitle NT menjadi CL.
Tambah Mazri lagi, kerajaan BN/UMNO begitu mudah memberikan taraf atau status  Warganegara Malaysia  kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  dengan memberikan Mykad walaupun mereka baru menetap di negera ini khususnya di Sabah  dalam masa yang singkat sahaja.
HILANG.....Steven Wong (kanan) menyatakan 90 peratus masyarakat Cina hilang keyakinan kepada kerajaan BN. Manakala Mazri mendakwa UMNO/BN pentingkan PATI daripada penduduk  asal jati Sabah.
"Ramai  PATI yang mempunyai mykad songsang terus terpelihara dengan sempurna oleh para pemimpin UMNO dengan memberikan pelbagai kemudahan seperti permit bas, permit teksi dan lesen-lesen kontraktor, manakala orang tempatan anak jati Sabah terus terpinggir dan tersisih berbanding PATI yang mendapat pelbagai keistimewaan," ujar Mazri.
Majlis perjumpaan tersebut yang buat pertama kalinya diadakan di kampung berkenaan anjuran bersama PKR dan DAP mendapat sambutan yang menggalakan lebih 200 penduduk setempat menghadiri program yang bermula dari jam 7.00 malam hingga jam 11.30  malam.
Sementara itu, dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menjelaskan masyarakat Cina  di Sandakan sudah menolak kepimpinan  Musa dan Najib kerana mereka terlalu memanjakan para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  sehingga mereka diberikan mykad secara songsang sehingga menyebabkan masyarakat Cina sudah benci kepada kerajaan BN.
"Sekarang parti DAP di Semenanjung dan Sabah sudah diterima oleh masyarakat Bumiputera dan Melayu dan ramai yang sudah menjadi ahli DAP yang terdiri daripada generasi muda," tegas Wong.
Kebanyakan ahli Gerakan, UMNO dan LDP ramai yang terdiri daripada golongan orang tua bangka, kerana kata Wong, berbanding Pakatan rakyat yang disokong oleh golongan muda yang berwawasan jauh.
Wong yakin kali ini parlimen Sandakan, Batu Sapi dan Beluran bakal menjadi milik parti Pakataran Rakyat selepas PRU-13 nanti kerana orang Kadazan, Dusun, Cina, dan bumiputera Islam sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan UMNO/BN.
Sebagai bukti kata Wong, di Pasar Umum Bandar Sandakan boleh dikira dengan jari siapa yang ramai berniaga di pasar yang diberikan lesen oleh pihak MPS.
"Orang Cina tidak lagi sampai 20 peratus kerana bakinya adalah warganegara mi segera," kata Wong yang bakal merebut kerusi Parlimen Sandakan pada PRU 13 kelak.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved