ads

Rabu, 30 Januari 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


JALAN PULANG: TERKINI! Anwar Ibrahim <b>Di Kota Marudu</b>, Senator <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2012 12:02 AM PDT


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepimpinan UPKO keluar parti seterusnya keluar BN berkuat kuasa serta-merta.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran di Kota Marudu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing dan bekas menteri penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.


Senator Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata.

Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.

"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.


Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Terdapat kira kira 900,000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi.

Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung.

Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi.

"Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama."

"Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. Dalam erti kata lain, purata kemiskinan di setiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya.

Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved