ads

Isnin, 24 Disember 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Kisah Ke Kebun Buah Tarap <b>Di</b> - Mus

Posted: 22 Nov 2012 07:38 AM PST

Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

Minggu lepas saya bersama isteri dan rakannya telah balik ke kampung di Nabawan. Pada ketika ini, musim buah-buahan baru bermula. Buah tarap, buah cempedak, buah durian dan buah mangga ada banyak di kebun rakan isteri saya. Di samping balik ke kampung mengambil buah, rakan isteri saya turut singgah menziarahi orang tuanya.

Kami memulakan perjalanan dari kediaman kami di Tuaran pada jam 6.00 pagi dan sampai di Keningau pada jam 9.00 pagi. Agak dingin keadaan pagi itu. Setelah berehat sarapan pagi di sana, kami meneruskan perjalanan ke Kg. Baru Saub yang terletak di Nabawan.

Perjalanan ke sana agak mencabar kerana jalan tanah merah, berlopak dan berlubang. Namun, kami berjaya mengharungi jalan yang serba mencabar dan selamat sampai di kampung pada jam 10.30 pagi. Setelah berehat seketika, kami terus bersama bapa rakan isteri saya ke kebun buah-buahan mereka.

Mungkin nasib tidak menyebelahi kami, buah durian dan buah cempedak belum masak lagi. Cuma buah tarap dan buah mangga yang sedia untuk dipungut untuk dibawa balik ke kota. Buah cempedak muda turut diambil untuk dijadikan sayur masak lemak.

Gerai Jual Ayam | Pekan Sook, Nabawan

Gerai Jual Ayam | Pekan Sook, Nabawan

Perjalanan Ke Kebun | Kg. Baru Saub, Nabawan

Perjalanan Ke Kebun | Kg. Baru Saub, Nabawan

Buah Tarap Sedap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Buah Tarap Sedap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isi Buah Tarap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isi Buah Tarap | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bersama Pak Cik | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bersama Pak Cik | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bawa Pulang | Kg. Baru Saub, Nabawan

Bawa Pulang | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kereta Kotor | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kereta Kotor | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isteri Saya | Kg. Baru Saub, Nabawan

Isteri Saya | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kayu Api | Kg. Baru Saub, Nabawan

Kayu Api | Kg. Baru Saub, Nabawan

Nikon D60 | Kg. Baru Saub, Nabawan

Nikon D60 | Kg. Baru Saub, Nabawan

Entri ini berkait dengan Dapur Kayu yang saya terbitkan beberapa hari lepas. Jangan lupa ikut saya di instagram @mustaffayasin

Instagram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved