ads

Ahad, 2 Disember 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Maklumat dua rakyat diculik <b>di Lahad Datu</b> telah diserah ke negara <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2012 01:12 PM PST

Posted on November 29, 2012, Thursday

KOTA KINABALU: Gambaran dan maklumat dua rakyat tempatan yang diculik di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Felda Sahabat 15 di Lahad Datu tempoh hari telah diserahkan kepada pihak berkuasa di negara jiran.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalinkan kerjasama serantau bagi menyelesaikan kes terbabit.

"Kita telah menyerahkan gambar mangsa dan juga maklumat mangsa kepada pihak berkenaan di negara jiran, "katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah kelmarin.

Jelas beliau, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai culik yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan setakat ini, pihak keluarga mangsa belum menerima sebarang permintaan tebusan daripada suspek.

Dalam kes yang berlaku 14 November lalu itu, lima lelaki bersenjata api dikatakan menculik seorang pengurus ladang dan penolongnya di sebuah ladang sawit, dua kilometer dari pantai berhampiran Felda Sahabat 15, Lahad Datu.

Dalam kejadian jam 3.30 hingga 4.30 petang itu, difahamkan mangsa masing-masing berumur 25 dan 33 tahun bersama dua lagi pekerja di situ sedang sibuk bekerja sebelum diculik sekumpulan lelaki.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved