ads

Rabu, 12 Disember 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


ALTELAGHANI: Apa dah jadi <b>di Kinabatangan</b>?

Posted: 18 Nov 2012 01:27 AM PST


Benteng Kinabatangan pecah.Rakyat bertempiaran lari selamatkan diri.Tak percaya?
Habislah Kinabatangan,"Ini Kalilah".Sejarah dalam politik Malaysia pembangkang diberi kemudahan mengguna tempat awam.
Tanda-tanda akhir saat-saat UMNOBN menghembuskan nafas terakhirnya.
KETUA Penyelaras Parti Pakatan Rakyat (PPR) Kawasan Sukau, Hj Ahdah Hj Sulaiman mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sukau Saddi Hj Abdul Rahman kerana mengarahkan Pemimin Kemajuan Rakyat (PKR) Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) termasuklah JKKK memberikan kelonggaran dan kerjasama kepada Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kinabatangan dalam menjayakan Majlis Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan yang diadakan baru-baru ini.
Mantan Ketua Daerah itu yang kini menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR) benar-benar terasa terharu tidakterdapat di mana-mana parti pro kerajaan membenarkan menggunakan kemudahan-kemudahan seperti Dewan, Balairaya ataupun kawasan sekolah tempat parti-parti pembangkang mengadakan sebarang akitiviti-aktiviti Majlis-majlis ceramah seperti yang berlaku di Kinabatangan ini.
Inilah buat pertama kalinya seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan Wakil Rakyat BN telah bekerjasama memberikan peluang kepada Parti Pakatan Rakyat sebelum ini memang tidak pernah berlaku di negara kita ini.
"Selalunya di mana-mana saja Parti Pakatan Rakyat mengajur apa saja program yang berbentuk ceramah menghentam kerajaan sering mendapat gangguan daripada penyokong-penykong tegar UMNO/BN tetapi di Kinabatangan paling unik inilah satu sejarah yang sukar dilupakan," ujar Hj Ahdah.
"Dalam kesempatan ini saya bagi pihak seluruh anggota dan ahli-ahli PKR mengucapkan terima kasih kepada ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman atas kerjasamanya dengan PKR bagi menjayakan program tersebut," ujarnya.
Haji Ahdah berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran PKR Cabang Sukau.
Program yang diadakan di Lapang Sasar SK Batu Putih telah dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR yang juga ADR kawasan Gombak Mohd Azmin Ali; Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Hajah Zuraidah dan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, Ahmad Tamrin Hj Jaini.
Disoal mengenai kemasukan seramai 400 orang ahli-ahli UMNO Kinabatangan ke dalam PKR, Hj Ahdah menjelaskan ini satu petanda rakyat Kinabatangan sudah mula sedar atas tindak tanduk orang Malaya terhadap rakyat Sabah yang dibuat seperti boneka.
"Kemungkinan juga seramai 400 orang pemilik tanah Sungei Koyah A-B dan C sekiranya tanah-tanah mereka tidak dapat diselesaikan sebelum pilihanraya umum ke 13 ini, akan juga meninggalkan UMNO kerana sudah hilang kepercayaan kepada UMNO yang terlalu mengambil berat soal kebajikan PATI daripada menjaga kebajikan rakyat jati Sabah," ujarnya.
Dalam beberapa hari ini, tambah Hj Ahdah; "Kita telah didatangi beberapa pemimpin UMNO di peringkat cawangan yang menyatakan bahawa tidak lama lagi seramai 3,500 orang akan menyertai PKR. Ceramah Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan benar-benar berkesan untuk menyuntik semangat mereka supaya segera meninggalkan UMNO/BN dalam masa terdekat ini."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved