ads

Selasa, 20 November 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PENGHAPUSAN ETNIK <b>DI SABAH</b>? - Malaysians Must Know the <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 02:55 AM PST


BIRO Pengaduan Awam Negeri Sabah (BPANS) merupakan sebuah Jabatan khas kerajaan negeri yang diletak di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah dan dipengerusikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiap menjelang Pilihan Raya Umum, BPANS tersebut diarah untuk berjumpa degan rakyat/pelanggan untuk menerima segala jenis aduan mengenai permasalahan atau ketidakpuasan oleh rakyat mengenai layanan kerajaan.
Tarikh terakhir wakil BPANS datang ke Daerah kecil Telupid ialah pada 17 Jun 2007 iaitu menjelang PRU Ke-12.
Saya dimaklumkan bahawa pada 22 dan 23 November ini, BPANS sekali lagi akan datang ke Telupid untuk berjumpa dengan rakyat negeri Sabah untuk mendengar dan menerima aduan daripada rakyat atau untuk memperbaharui segala 'Janji-Janji' yang belum pernah mereka tunaikan.
Pada pandangan umum, tindakan BPANS hanya gerakerja membazirkan dana awam dan merupakan satu gimik politik UMNO/BN yang biasa akan berakhir dengan 'membuang kahak di tangga' dan membuat kerja 'hangat hangat tahi ayam'.
Buktinya, saya telah mengemukakan satu aduan kepada BPANS pada tahun 2007 mengenai masalah tiada bekalan tenaga eletrik ke Gerai-Gerai Tamu di pekan Telupid.
Sungguhpun sudah mendapat kelulusan, namun tidak dilaksanakan; maka ia telah menjadi satu bukti yang bertentangan dengan slogan Perdana Menteri "Janji ditepati".
Bekalan tenaga eletrik merupakan satu keperluan asas dan kayu ukur penting yang diguna oleh Bank Dunia sebagai penentu aras tahap kemiskinan yang berlaku di Sabah; maka kerajaan seharusnya mengambil berat aduan seperti ini dengan terus membuat susulan sehingga ke tahap perlaksanaan.
Malangnya, kandungan surat, BPANS: 600-18/0379/2007/TPD/(9) bertarikh 24 September, 2007 mengenai hasil maklumbalas daripada pihak Majlis Daerah Beluran merupakan satu pembohongan atau 'Janji Tidak Ditepati' kerana sejak tahun 2003 hingga sekarang, janji untuk membekalkan tenaga elektrik ke gerai-gerai Tamu, gagal dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN.
Menurut pendapat para pengkaji penghidupan dan pembangunan sosial di serata dunia, menafikan kemudahan asas kepada masyarakat setempat merupakan satu perbuatan yang ditafsirkan sebagai 'Penghapusan Etnik'?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved