ads

Ahad, 18 November 2012

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


domba2domba: Kisah <b>Di</b> Sebalik Kem Transformasi

Posted: 07 Nov 2012 01:26 AM PST

Sejak beberapa bulan lalu, ada satu kem yang sering disebut di kalangan anak muda. Berita tentang kem itu sering muncul di Facebookku dan kawan-kawanku. Apakah cerita di sebalik Kem Transformasi? Berita terbaru adalah Kem Transformasi akan mengadakan banyak kem sewaktu cuti sekolah Nov/Dis untuk melayani anak muda khusus di Sabah dan Sarawak. 
Dalam cuti sekolah ini, pihak Kem Transformasi akan menganjurkan 7 kem (dan satu lagi masih menunggu izin dari pihak atasan) di pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak.

Bermula dengan kem pertama di Penampang pada 9-11 November 2012, serentetan kem akan diadakan di pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak. Acara di Belaga dijangka akan menjadi acara terbesar kerana diadakan sebagai Konvensyen Transformasi. Berikut jadual Kem Transformasi dan tempat kem diadakan;
9-11 Nov          Maranatha Penampang
12-14 Nov        SIB Pekan Papar
15-18 Nov        SIB Pekan Tenom
19-21 Nov        BCCM Keningau
22-25 Nov        SIB Narawang, Ranau
29 Nov-2 Dis    Konvensyen di Belaga
3-5 Dis             BEM Bukit Song, Miri
Apakah Kem Transformasi ini? Siapakah orang-orang yang menjalankan Kem ini? Aku pun teringin tahu dan berkesempatan menemubual Juliana Langgat yang merupakan salah satu penggerak utama untuk kem-kem ini. Berikut ini temubual dengan Juliana melalui internet;
Apakah matlamat Kem Transformasi?
1. Untuk memberi pengajaran asas Alkitabiah kepada muda-mudi dan mengukuhkan dasar di dalam Firman Tuhan agar mereka hidup dan menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran.
2. Untuk melengkapkan mereka untuk menjadi pemimpin di masa hadapan, pemimpin yang takut akan Tuhan dan yang hidup sejajar dengan Firman Tuhan. 
Apakah fokus Kem ini? Adakah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah atau penuntut kolej dan universiti?
1. Semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 6 atas). Kami juga memberikan tumpuan khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas sebab mereka akan berkemungkinan besar menyambung pendidikan mereka di luar negeri dan jauh dari kampung mereka, dan merekalah pelajar-pelajar yang kami perlu lengkapkan dengan Firman Tuhan.
2. Pelajar-pelajar Kolej dan Universiti dan IPTA yang lain - mereka adalah pemimpin potensi masa depan kita.

Siapakah orang-orang yang memainkan peranan utama dalam Kem Transformasi?

Orang yang memainkan peranan utama dalam Kem Transformasi ialah Pastor Ong sendiri, dialah yang membawa kami bersama untuk pelayanan ini. Pada awalnya hanya terdapat 5 orang sahaja yang telah merintiskan kem ini iaitu Ps. Ong, Valeria Vyner Pilin, Roslia Anthony, Jacqueline George dan aku sendiri.

Kem pertama telah dianjurkan pada Julai 2011 dengan lebih kurang 40 peserta di rumah cikgu Jacqueline George. Selepas itu, sambil kami menganjurkan kem-kem lain, Pastor Ong telah membawa beberapa orang lain untuk menyertai tim pelayanan. Kami telah dipertemukan dengan orang-orang lain seperti Pastor Perry Robert, Janet Liew, Rigan Lewi, David Tan dan Murneh Dundang.


Apabila pelayanan berkembang dengan lebih pesat lagi, Tuhan telah membawa para fasilitator yang baik seperti Ivy M. Karangkas, Sabrina Abigail, Stacey Geoffrey, Athena Thomas, Annastasia Kian, Leexing Rimun, Brian Ginsos, Gloria Manda, Viona Tapoi dan lebih ramai lagi pada sekarang ini.

Bagaimanakah Kem Transformasi ini telah dimulakan?

Aku telah bertemu dengan Ps. Ong pada tahun 2010 di satu kem gereja di Kolumpang Resort di Selangor. Kalau tak silap, pada waktu itu aku sedang menunggu keputusan daripada temuduga untuk menyertai UMS (Universiti Malaysia Sabah), pada waktu itu aku adalah pensyarah di Management Science University di Shah Alam.

Semasa kem itu, Ps. Ong berdoa untukku dan telah bernubuat ke atasku, "Tuhan akan mengutus kamu ke satu tempat di mana kamu akan terlibat dalam satu pelayanan khusus di kalangan anak-anak muda dan ramai akan dijamah melalui pelayananmu dan kamu akan menjadi berkat di tempat itu. Kamu akan Ku temukan dengan orang-orang yang akan melakukan pelayanan ini bersama denganmu. Kamu jangan risau dan jangan khuatir kerana Aku telah mempersiapkan segala sesuatu bagimu."

Dua bulan kemudian, aku telah mendapat keputusan daripada temuduga dan diberi tawaran menyertai UMS. Selepas beberapa bulan di Kota Kinabalu, aku bertemu lagi dengan Ps. Ong di satu persekutuan muda-mudi yang dikenali sebagai Intervarsity Christian Student Fellowship pada Julai 2010 (anjuran di BCCM Likas). Pada masa itu, Ps. Ong berkata bahawa dia memberikan aku satu tahun untuk membiasakan diri dulu di Kota Kinabalu.


Selepas itu aku bertemu dengan Valeria, Murneh, Jacqueline dan Janet (mereka adalah bekas pelajar di bawah jagaan Ps. Ong semasa mereka belajar di sekolah dan universiti di Semenanjung 21 tahun yang lalu). Aku juga telah dipertemukan dengan Roslia, yang kakaknya pernah dijaga oleh Ps. Ong. Secara kebetulan mereka ini saling berkenalan dan mempunyai pertalian yang rapat antara satu dengan lain. Mereka adalah teman baik sejak dari remaja lagi! Pada masa yang sama aku masih berhubung dengan Ps. Ong, jadi satu hari dia mencadangkan kepada kami untuk menganjurkan kem Muda-Mudi, dan kami berempat, Valeria, Roslia, Jacqueline dan aku mula berbincang tentang penganjuran kem. Pada masa itu, Janet masih di belakang tabir dengan menyediakan satu periuk stewnya yang sangat enak! Lebih kurang 40 orang telah menyertai kem pertama itu.

Begitulah bagaimana semua nubuatan itu mula digenapi....

(Sejak dari kem pertama di Kota Kinabalu pada Julai 2011, Transformation Camps telah pun menganjurkan 16 kem di pelbagai tempat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, membawa impak kepada ratusan anak muda yang menyertainya. Doakan pengurapan kuasa Tuhan atas para penganjur, para fasilitator dan para peserta siri Kem Transformasi yang akan bermula lagi Jumaat ini. Biarlah kuasa dan kasih Tuhan dicurahkan dengan limpahnya ke atas mereka!)

Sila klik Facebook Transformation Camps untuk maklumat lanjut tentang kem-kem yang dianjurkan.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved