ads

Khamis, 15 November 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Macam <b>Di</b> KK...: Jalan Pesisir Tuaran-<b>Kota Marudu</b>-Kudat Mangkin <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 05:34 PM PDT


KOTA KINABALU- Pembinaan jalan pesisir menghubungkan Tuaran, Kota Marudu hingga Kudat akan memangkinkan industri pelancongan di utara Sabah, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Bolkiah Ismail Selasa.
Katanya, banyak kawasan peranginan, padang golf dan industri inap desa dijangka wujud apabila jalan itu siap kelak.

"Kampung-kampung yang terlibat dengan jalan tersebut juga akan merasai kenikmatan pembangunan prasarana yang memberi peluang kepada mereka untuk membuka gerai-gerai dan mungkin ada pembangunan pekan baru sekaligus merancakkan ekonomi penduduk sekitar.
"Orang awam yang bakal melalui jalan itu juga berpeluang menikmati pantai yang putih dan landai sesuai untuk bersantai dengan keluarga atau mencari ketenangan dari kesibukan kota," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai projek pembinaan jalan pesisir tersebut ketika lawatannya ke Kudat Ahad lepas.
Bolkiah, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pitas, juga berkata jalan tersebut akan menjadi jalan alternatif kepada Jalan Ulu Kukut yang menghubungkan Kota Belud dengan Kudat dan Kota Marudu.-BERNAMA


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved