ads

Rabu, 21 November 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


sabahkini.net: PKR DAPAT 400 UNDI BONUS <b>DI KINABATANGAN</b>

Posted: 16 Nov 2012 10:45 PM PST



SERAH ….Ariffin menyerahkan borang keahlian mengenai kemasukan 400 ahi UMNO Batu Putih ke PKR kepada Azmin Ali.
Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto  : ZAMAN AMB FAJEER
KEMASUKAN  400 ahli UMNO Cawangan Batu Putih Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis  dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) nanti.
Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan UMNO, kemudian menyertai PKR kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin UMNO yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk  kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Mohd Azmin Ali berkata demikian semasa  diwawancara  oleh Sabahkini. Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran PKR Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei  Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin UMNO.
Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)    Kinabatangan membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar  yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan  dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut  terhadap kerajaan BN/UMNO; sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat UMNO/BN.
WAWANCARA….Kelihatan Azmin sedang diwawancara Sabahkini.Net mengenai kemasukan 400 ahli UMNO Cawangan Batu Putih ke PKR.
"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.
Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib. Pertama Najib takut dengan RM (Rosmah Mansur); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI dan yang keempat takut dengan pilihanraya," ujar Azmin sambil berseloroh.
Kata Azmin lagi, 70 peratus Wakil Rakyat UMNO walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar  ADUN/ADR, tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta  mewah; rumah bungalow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik yang hidup dalam penuh kemewahan.
"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan BN/UMNO terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved