ads

Ahad, 7 Oktober 2012

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


YIENGAIL: Mencari Yang Mustahil : Kanai <b>Tuaran</b>

Posted: 30 Sep 2012 01:39 PM PDT

Lokasi : Muara Tuaran Sabah.
Tarikh  : April 2012.

Sebelum saya mengenali Bintuka, Menumbok, Mamahat, Muara Gum Gum, Terusan, dan lain lain, muara Tuaran lah yang memberikan saya salam pengenalan kepada cabaran mengilat muara di Sabah.

Seingat saya, muara di Tuaran adalah antara muara pertama yang saya teroka sebaik saya ditugaskan di Sabah pada hujung tahun 2008.

Dengan jaraknya hanya sekitar 1 jam setengah memandu sahaja dari rumah saya di Ranau, memungkinkan saya untuk berulang alik selepas trip mengilat di sana.

Pada awal tahun 2009, sukar untuk saya mendapatkan bot yang lengkap berenjin untuk turun mengilat. Maklumlah, belum kenal ramai pemancing lagi. Jadi, apa sahaja peluang yang datang untuk memancing botbased, saya rembat seadanya.

Walau terpaksa berdayung sepanjang trip, tapi saya cukup gembira kerana dapat timba pengalaman di tempat baru.

Kenangan tahun 2009, terpaksa berdayung dan menolak bot waktu air surut habis. 
Seperti mana mana pemancing yang baru menjejakkan kaki ke Sabah, pasti ikan Kanai/Tembaring/BorneoBlackBass menjadi ikan idaman yang di cari. Waktu itu, saya hanya sekadar mendengar cerita dari rakan rakan yang biasa memancing dasar di Tuaran tentang wujudnya Kanai di sana suatu masa dahulu.
Nelayan yang di bawa berbual juga turut mengiyakan bila di tanya tentang Kanai di mura Tuaran.
Tapi masalahnya...nak bersua dengan Kanai Tuaran adalah hampir kepada mustahil.
Sangat susah. 1 dalam 1000 kebarangkalian untuk bersua. 
Dari 2009 hingga 2012, entah berapa kali saya ke muara Tuaran untuk misi mengilat sambil mengharapkan agar terjumpa Kanainya. Tapi semuanya gagal. Sehinggalah pada April tahun ini, Kanai yang selama ini saya anggap sebagai mitos di Tuaran, tersua juga di celah celah anak sungai muara Tuaran.
2012, kali ini saya tidak perlu mendayung lagi kerana sudah ada kenalan 
yang sudi menyewakan bot untuk mengilat sekitar muara.
Simpang utama sebelum bersua anak sungai yang lebih berpotensi.
Dalam perjalan masuk ke anak sungai, kami selalunya akan trolling sepanjang tebing. Cuma sungai ini tidaklah terlalu dalam, jadi perlulah pilih gewang yang sesuai.
Salah satu selekoh luas sebelum ke hot spot casting.
Inilah yang kami cari di Tuaran!
 Bagi yang biasa masuk ke sungai sungai kecil muara ini,
 pasti mudah cam lokasi belakang saya ni.
Siakap merahlah yang menjadi pengubat duka jika gagal bersua sang Kanai.
Kerapu dari kawasan berbatu.
 Jika kena waktunya, boleh dapat 'bonus BB' :)
Gewang Duel jugalah antara yang paling killer.
Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 3 tahun mencuba di tempat yang sama, akhirnya saya di ketemukan juga dengan Kanai muara Tuaran yang selama ini hanya didengar dari mulut nelayan veteran dan disudah dianggap sebagai hampir 'pupus' di muara Tuaran.
Saya tidak pasti kenapa Kanai Tuaran sangat sukar di temui. Sama ada populasinya memang tinggal sedikit, atau lokasi persembunyiannya belum di jumpai. Yang pastinya, saya akan kunjungi lagi muara Tuaran untuk trip 'mencari yang mustahil : kanai Tuaran'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved