ads

Rabu, 3 Oktober 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Macam Di KK...: PEJABAT METEOROLOGI DITUBUHKAN <b>DI RANAU</b>

Posted: 02 Oct 2012 05:59 PM PDT

RANAU, Sabah (29 September 2012): Pejabat Meteorologi Ranau telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili hari ini yang membolehkan Jabatan Meteorologi memantau dan menentukan corak cuaca dan fenomena di kawasan pertanian yang berbukit di Sabah.

Dengan penubuhan pejabat tersebut, jabatan itu kini mempunyai stesen di pedalaman dan kawasan tanah tinggi Sabah serta berupaya memperluas rangkaian pejabat meteorologi untuk ramalan cuaca yang lebih tepat.

Pejabat ini bukan sahaja mengeluarkan ramalan cuaca bagi daerah Ranau tetapi turut meliputi daerah Kota Marudu (utara), Kota Belud (timur laut), Tuaran (barat), Tambunan (barat daya), Keningau (selatan), Tongod (tenggara) dan Beluran (timur).

"Untuk meningkatkan ketepatan ramalan cuaca, kita juga perlu memantau cuaca dan iklim di kawasan tanah tinggi. Kemudahan Meteorologi ini membolehkan kita memahami corak cuaca di Ranau serta mengenal pasti perubahan yang disebabkan oleh aktiviti pertanian berskala besar di kawasan tanah tinggi di sana," kata Datuk Seri Panglima Dr Maximus.

Stesen pencerapan di Pejabat Meteorologi Ranau juga dilengkapi dengan peralatan strong motion yang digunakan untuk mengesan gempa bumi di Ranau dan kawasan sekitarnya. Sabah juga mempunyai satu lagi stesen strong motion iaitu di Lembah Danum.

"Stesen strong motion adalah kritikal kerana gempa bumi dan tanah runtuh kebiasaannya berlaku di sepanjang garisan sesar yang aktif iaitu di Mensaban, Crocker, Tabin dan Lobou-Lobou yang terletak di Ranau / Kundasang," katanya lagi.

Kajian oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang dijalankan antara 2008 dan 2010 di Mensaban dan Lobou Lobou yang menggunakan teknologi Global Navigation Satellite System menunjukkan berlakunya pergerakan bumi berukuran antara beberapa milimeter hingga empat sentimeter.

"Satu kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pergerakan bumi memerlukan pemerhatian dan kajian yang lebih lanjut iaitu selama lima tahun untuk mengenal pasti sama ada pergerakan yang berlaku tersebut berpunca daripada sesar aktif atau disebabkan oleh pergerakan permukaan tanah¬"

"Pergerakan bumi yang disebabkan oleh garis sesar yang aktif boleh mengakibatkan peningkatan dalam kekerapan gempa bumi sederhana manakala pergerakan permukaan boleh menyebabkan tanah runtuh. Kajian menyeluruh membolehkan kita menentukan tebatan yang sesuai dan langkah-langkah kawalan untuk mengurangkan kesan gempa bumi kepada aktiviti dan penduduk yang tinggal di kawasan Ranau dan Kundasang," katanya.

Pejabat Ranau ini juga berperanan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan cuaca kepada kehidupan seharian dan boleh mengeluarkan data cuaca yang lebih mudah difahami kepada orang ramai. Ini termasuklah maklumat yang membolehkan pihak berkaitan menjalankan kajian bagi tujuan pertanian dan penternakan di Ranau.

Pejabat yang turut dilengkapi dengan kuarters untuk kakitangan ini menelan belanja sebanyak RM3.58 juta. Dengan terbinanya pejabat baru ini, Sabah kini mempunyai enam buah stesen meteorologi yang utama termasuklah di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Kudat.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, 14 buah pejabat / stesen meteorologi baru telah dibina dan tujuh yang sedia ada telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM35.1 juta. Daripada jumlah tersebut, RM10.6 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stesen Tawau dan membina tiga pejabat / stesen baru iaitu di Keningau, Kudat dan Ranau, Sabah.

Menteri juga menyampaikan hamper yang berupa barang-barang keperluan asas dan makanan kepada 30 orang penerima yang dipilih daripada senarai Jabatan Kebajikan Masyarajat. Mereka terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Ranau.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved