ads

Rabu, 10 Oktober 2012

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Kedai buku <b>di Kota Kinabalu</b> « Mari baca

Posted: 08 Aug 2012 03:10 AM PDT

Kedai buku di Kota Kinabalu

Selain jumlah institus pengajian tinggi dan sekolah, kedai buku juga memberi sedikit klu atau gambaran aras intelektual masyarakat di sesebuah tempat.

Persepsi saya terhadap Sabah khususnya Kota Kinabalu beralih hampir 180 darjah mengenai hal ini. Sebuah kota yang tidak begitu masyhur di dalam negara sebenarnya sangat diminati untuk dikunjungi pelancong dari luar negara. Benar kata orang, 'grass always greener ther other side".

Lupakan rumput, kambing New Zealand dan lembu. Kembali kepada topik buku.

Di Kota Kinabalu ada banyak kedai buku. Yang besar-besar seperti Times di Plaza Warisan, Popular di Centre Square. Times menawarkan bacaan bahasa Inggeris yang variasi dengan majalah dan koleksi buku bacaan kelas antarabangsa.

Manakala Popular pula menawarkan buku bacaan tempatan yang subhanallah banyak judulnya. Bahkan koleksi buku Melayu di Popular Kota Kinabalu menandingi kebanyakan cawangan popular di Semenanjung. Bahkan Johor Bahru yang beberapa tahun dahulu jualannya paling baik di Malaysia tidak memiliki judul bahasa Melayu sebanyak di KK.

Kedai-kedai buku indie juga tidak kalah banyak. Kebanyakannya menawarkan buku-buku agama. Tentunya bisnes ini milik mamak, siapa lagi.

Antaranya termasuk Iqra' Islamic Centre di Wawasan Plaza, Neezadee berdepan Centre Point, Islamic House dan paling besar ialah dua buku kedai buku agama di Wisma Muis.

Insya Allah kami akan rebiu sedikit detil datu demi satu nanti.

Tiada komen.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved