ads

Isnin, 24 September 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Video <b>papar</b> pencuri <b>di</b> majlis kahwin dicekup | berita.MY

Posted: 20 Sep 2012 11:15 PM PDT

Satu adegan video berdurasi 59 saat mengenai seorang wanita ditangkap ketika dipercayai mencuri barangan berharga RM6,000 milik keluarga pengantin dalam satu majlis perkahwinan di Johor dimuat naik dalam YouTube, Selasa lalu.

Rakaman video bertajuk 'Tertangkap Mencuri Di Rumah Pengantin' itu memaparkan seorang wanita yang dikatakan mencuri dipegang dengan kasar supaya wajahnya jelas diambil menggunakan telefon bimbit.

Lelaki yang memegang wanita dipercayai warga asing itu mengarahkan sesiapa yang mahu mengambil gambar wanita segera berbuat demikian.

Berdasarkan rakaman itu, wanita terbabit dilihat beberapa kali cuba menutup wajahnya daripada dirakam serta merayu tidak diaibkan.

Rakaman yang dimuat naik Selasa lalu itu sudah ditonton 14,063 orang dengan lebih 100 komen daripada pelayar Internet yang memberi maklum balas negatif termasuk mengutuk perbuatan itu.

Keterangan video itu mengatakan wanita itu ditangkap ketika mencuri ketika keluarga pengantin sibuk melayan tetamu.

Dia dikatakan membawa anak sebagai perisai ke majlis yang berlangsung pada 15 September lalu.

Pengunjung video itu bagaimanapun mengutuk tindakan beberapa lelaki yang dilihat merakam wajah wanita itu secara paksa kerana dilihat cuba mengaibkannya. – sumber

Peringatan

berita.MY tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Untuk berhubung dengan kami, email ke hi@berita.my

Kongsi pendapat anda

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved