ads

Ahad, 9 September 2012

10 di nabawan - Google Blog Search

URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search

KEBAKARAN KILANG PAPAN <b>DI</b> JALAN <b>NABAWAN</b>, KENINGAU-500

Posted: 15 Aug 2012 05:00 PM PDT

KEBAKARAN KILANG PAPAN DI JALAN NABAWAN, KENINGAU-500 KEHILANGAN TEMPAT TINGGALReviewed by Admin on Aug 16.Rating: -

KENINGAU: 500 pekerja sebuah kilang papan di sini, hilang tempat tinggal setelah kebakaran memusnahkan kira-kira 100 buah kuarters rumah pekerja itu, di Batu 5 Jalan Nabawan, pada Rabu.

Tragedi yang dianggap terbesar dalam sejarah kebakaran di daerah ini, berlaku pada 1.45 tengah hari.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata dua jentera bomba dan penyelamat bersama 15 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.03 petang.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, meskipun menghadapi masalah bekalan air pada pili bomba dan mencari sumber air di kilang untuk disalurkan ke lokasi kebakaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebahagian besar daripada pekerja kilang terbabit berada di tempat kerja yang terletak kira-kira 200 meter dari kuarters yang terbakar itu.

Tiada sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan sebahagian daripada penghuni unit kuarters itu, sempat menyelamatkan barang dan harta benda mereka, katanya.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, tambah beliau. -BERNAMA

Incoming search terms:

KAUM MURUT <b>DI</b> SAPULUT, DAERAH <b>NABAWAN</b> SABAH - CHANGE

Posted: 05 Sep 2012 04:27 AM PDT

        Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau. 

   Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida'an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.         
Suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.
        Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan 'Murut' merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.

         Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalammembuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. (Gambar menunjukkan Prof. Marina dan pelajar UPSI melawat Rumah Panjang Kg. Sandukan (b) Nabawan Sabah sempena perkahwinan sahabat beliau). 

       Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

Prof. Marine Mikat: Definisi Murut Tahol Sepulut <b>Nabawan</b> Sabah

Posted: 05 Sep 2012 04:33 AM PDT

Murut Tahol

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, suku kaum Murut adalah suku kaum pribumi Sabah yang tinggal di daerah Tenom, Keningau, Sipitang, Pensiangan, dan Nabawan. Kegiatan utamanya adalah menanam padi huma, berburu dan memungut rotan, madu lebah dan damar. Mereka tinggal di rumah panjang dan hidup dalam keluarga yang besar.

      Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sapulut, Rundum, dan Sipitang. Berikut dipaparkan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Murut di Sabah. Murut Tahol atau lebih di kenali sebagai Murut Tagal tinggal di kawasan pedalaman Daerah Nabawan yang hampir dengan kawasan Kalimantan Indonesia.

Sepulut

Sapulut berada dalam Daerah Nabawan. Sapulut terletak di sepanjang Sungai Sapulut. Sapulut terletak berdekatan dengan Gunung Antulai (1,713 meter). Kawasan yang hampir dengan Sapulut adalah Batu Punggul iaitu sebuah kawasan peranginan. Kaum yang mendominasi Sapulut adalah dari kaum Murut Tahol. Sepanjang Sungai Sapulut terdapat banyak kampung-kampung di bahagian kiri dan kanan. Mereka mendirikan petempatan di sepanjang sungai Sapulut.

Nabawan terletak di Pedalaman Sabah iaitu di bahagian Pantai Timur kepulauan Borneo. Populasi penduduk dianggarkan seramai 23,890 orang pada tahun 2000 dan kebanyakannya daripada etnik Murut. Daerah Nabawan meliputi kawasan 6089 km. Terletak di bahagian Selatan Sabah dan bersempadan dengan Tawau dan Kinabatangan di bahagaian Timur manakala Keningau dan Tenom di bahagian Barat Sabah. 

Menurut Ismaily Bungsu (1995:29-30), Sabah mempunyai ruang seluas 27,500 km persegi, di kelilingi oleh pantai sepanjang 1440 dari Sipitang ke Tawau. Berjiran dengn Filipina di sebelah Utara dan bersempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia, Brunei dan Sarawak di sebelah Selatan. Sabah mempunyai 31 etnik kaum dan mempunyai 80 dialek selain Bahasa Melayu.

        Mengikut pendapat Lee Yong Leng (1982:1), Borneo utara iaitu negeri Sabah terletak d bahagian utara Pulau Borneo. Seluruh wilayahnya terletak dalam kawasan tropika, garis lintang 3 42' U di Puncak Sungai Padas ke 7 2'U di Semenajnung Kudat. Pulau ini meruncing ke bahagian Utara. Sehingga tidak ada satu pun tempat di sabah yang jauhnya luas saeratus batu dari laut.

        Negeri Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatanterletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved