ads

Isnin, 10 September 2012

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


KITA BERPAKAT <b>DI KOTA BELUD</b> | PAS Kawasan Kota Belud

Posted: 06 Aug 2012 07:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]04 Ogos 2012: Majlis berbuka puasa PAKATAN dan NGO's anjuran PAS Kawasan Kota Belud, bertempat di rumah Ustaz Awang Laiman, Setiausaha PAS Badan Perhubungan Negeri Sabah Merangkap Timbalan YDP PAS ...

Ahli Parlimen <b>Kota Belud</b>: Cermin diri sendiri dulu, Kit Siang

Posted: 27 Aug 2012 01:16 AM PDT

Saya selalu menjadi sinis setiap kali membaca kenyataan Lim Kit Siang tentang Sabah, sebahagiannya kerana beliau menolak mentah-mentah untuk mengakui kegagalan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Lim Kit Siang harus mengkaji semula janji-janji palsu kerajaan DAP di Pulau Pinang. Mereka telah menang di Pulau Pinang bersandarkan janji-janji berpublisiti tinggi semata.

Ini termasuklah janji untuk menyelesaikan masalah kekurangan perumahan kos rendah, mengurangkan kesesakan lalulintas, mengekang kenaikan harga perumahan, memelihara alam sekitar, berlaku adil kepada masyarakat minoriti Pulau Pinang terutamanya masyarakat India Pulau Pinang, dan juga menjadi sebuah kerajaan yang telus.

Malangnya, kerajaan DAP di Pulau Pinang di bawah kepimpinan anak beliau sendiri telah gagal sama sekali. Pemuliharaan alam sekitar semakin merudum, pembangunan cerun bukit berleluasa; kesesakan lalulintas yang mencekik keselesaan warga pulau semakin teruk; golongan miskin dan bumiputera masih tidak mampu memiliki perumahan yang sangat tinggi harganya, kecuali jika mereka berhijrah ke tanah besar; dan walaupun dengan janji berpublisiti tinggi melimpah ruah dari Anwar Ibrahim, masyarakat minoriti India di Kampung Buah Pala tetap kehilangan tempat tinggal dan perkampungan mereka di tangan Lim Guan Eng.

Sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang, tanah-tanah premium kerajaan telah dijual kepada kroni-kroni mereka dan pertukaran status tanah (yang mana sebelum ini kerajaan Gerakan telah dikritik teruk oleh DAP) telah menjadi satu sumber pendapatan utama.

Selain daripada itu, banyak penjelasan yang mengelirukan telah diberikan kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang tentang kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam program perumahan kos rendah, jualan kontroversi tanah mahkota Pulau Pinang, iaitu Bayan Mutiara, yang bernilai ratusan juta dan dakwaannya berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan pada kadar 95%.

Contoh terakhir di atas mengenai pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang adalah satu kenyataan yang benar-benar mengelirukan dari Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau mendabik dada dan mendakwa bahawa Pulau Pinang telah mencipta sejarah apabila ia berjaya mengurangkan hutang dari RM600 juta kepada RM30 juta dalam tempoh dua tahun sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri.

Apa yang sengaja disembunyikan dari penduduk-penduduk Pulau Pinang adalah fakta bahawa hutang kerajaan negeri telah kurang, kerana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengambil alih hutang sebanyak RM600 juta itu lalu menukarkannya kepada status geran selama 45 tahun, di bawah program rasionalisasi sistem perbekalan air negeri!

Ia tidak ada kaitan langsung dengan polisi-polisi ekonomi milik Lim Guan Eng. Tanpa persetujuan kerajaan Persekutuan, tidak mungkin Pulau Pinang akan berupaya mengurangkan hutang-hutangnya. Sepatutnya beliau berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan, namun sudah menjadi tabiat Lim Guan Eng suka menukar cerita dan memuji diri sendiri atas usaha orang lain.


Satu lagi contoh yang mengelirukan rakyat adalah apabila Lim Kit Siang sekeras-kerasnya membantah pembinaan sebuah empangan di Kota Belud, ironis sekali bila beliau memilih untuk berdiam diri apabila anaknya bersetuju dengan sebuah projek empangan bernilai RM1.2 bilion (3 kali lebih mahal dari kos cadangan empangan di Kota Belud) yang akan dibina oleh kerajaan Persekutuan.

Apabila ditanya kenapa DAP bersetuju dengan pembinaan empangan tersebut sedangkan DAP membantah pembinaan empangan di Kota Belud, kerajaan DAP Pulau Pinang berkata mereka memerlukan empangan tersebut untuk tujuan pertanian dan memastikan bekalan air Pulau Pinang sentiasa cukup.

Itu adalah sebab-sebab yang sama kenapa empangan di Kota Belud harus dibina! Nampaknya, bagi Lim Kit Siang, kehidupan penduduk-penduduk Pulau Pinang lebih bernilai daripada penduduk-penduduk Kota Belud dan Sabah.

Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila ditanya oleh ahli-ahli parlimen BN di Parlimen, kombinasi bapa dan anak ini enggan memberikan penjelasan yang jelas tentang isu-isu yang menghantui Pulau Pinang.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SUBHANALLAH! KELAHIRAN ANAK KUCING BERMATA SATU <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2012 06:10 AM PDT

KUASA ALLAH.. KELAHIRAN ANAK KUCING BERMATA SATU DI KOTA BELUD, SABAH (27.8.2012)
 

Kuasa Allah~ Tiada yang mustahil dalam dunia ni dengan kehendak Nya. Sebenarnya Zam terjumpa gambar-gambar & info mengenai kelahiran kucing bermata satu di Sabah ini sebentar tadi (petang) di akaun salah seorang rakan FB Zam~ HAYATI LAH. Menurut Hayati, kucing yang dilahirkan semalam (27 Ogos) ini adalah milik sepupunya. Berikut adalah petikan dari gambar yang diambil oleh beliau menggunakan telefon bimbit:

Setelah meminta kebenaran & diberikan keizinan oleh pemilik akaun FB berkenaan, Zam kongsikan gambar gambar ini untuk tatapan pembaca blog ini. Kredit juga kepada photographer yang mengambil gambar2 resolusi tinggi ini:

 "Pemiliknya terpaksa mengasingkan anak kucing ini dari tertindih anak-anak kucing yang lain semasa anak2 kucing tersebut berebut mendapatkan makanan (susu)."

 "Anak kucing ini dengan pergerakan yang terbatas."


" Lemah, tidak mampu minum walaupun dibantu oleh pemiliknya."

"Bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain.. 4 ekor kucing lahir sempurna."


Namun, apa yang menyedihkan, hayat anak kucing bermata satu ini tidak lama.. Menurut Hayati, kucing ini telah mati pada tengah hari tadi (28.8.2012).. Berikut adalah gambar gambar terawal yang sempat diabadikan oleh Hayati dengan menggunakan kamera telefon bimbit.


Apapun, kelahiran anak kucing bermata satu ini mengandungi hikmah yang bermakna buat kita..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved