ads

Jumaat, 14 September 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Penyeliaan <b>di Kinabatangan</b> 1981 (1): Azan Bergema Kembali

Posted: 06 Sep 2012 12:39 AM PDT

Ayam Putih, Terbanglah!  | Di Atas Puncak Ombak | Meredah Padang Lalang | Di sa…na! |
Pada tahun 1980-an banyak guru sandaran di Sabah. Kebanyakan mereka berkhidmat di kawasan pedalaman. Ada antara mereka mendapat peluang untuk mengikuti kursus perguruan asas di maktab perguruan, termasuk di Maktab Perguruan Sandakan. Kursus itu dilaksanakan dalam masa cuti penggal persekolahan dan dikenali sebagai kursus dalam (KDC). Di maktab, mereka dipanggil guru KDC. Dalam masyarakat mereka tetap dipanggil cikgu.

Guru sandaran ialah kakitangan kerajaan. Kursus yang mereka ikuti sebenarnya ialah kursus dalam perkhidmatan. Pada masa ini singkatan bagi kursus dalam perkhidmatan ialah KDP. Pada tahun 1980-an singkatan KDP belum digunakan. Oleh sebab kursus itu dilaksanakan dalam masa cuti penggal persekolahan, maka pihak maktab menggunakan istilah kursus dalam cuti atau singkatnya KDC. Di maktab, mereka dipanggil guru KDC. Dalam masyarakat mereka tetap dipanggil cikgu.

Rancangan praktikum untuk guru KDC berbeza sedikit daripada praktikum untuk guru pelatih sepenuh masa. Perbezaan yang ketara adalah dari segi penempatan dan bidang tugas. Guru pelatih sepenuh masa ditempatkan di sekolah-sekolah yang berhampiran dengan maktab. Oleh sebab mereka bukan kakitangan sekolah, bidang tugas mereka terhad. Masa pengajaran mereka pula hanya untuk tujuan praktikum.

Sebaliknya guru KDC bertugas di sekolah sendiri. Mereka mesti terus menangani berbagai-bagai tugas harian. Mereka mesti terus melaksanakan tugas sebagai guru mata pelajaran, guru kelas, guru kokurikulum dan sebagainya. Jumlah masa mereka bertugas di dalam dan di luar bilik darjah tetap sama. Dapatlah dikatakan bahawa beban tugas mereka lebih berat daripada guru pelatih sepenuh masa.

Dari segi persamaan, guru KDC juga perlu menyediakan rancangan pengajaran harian dan persediaan khas praktikum. Rancangan pengajaran harian dan persediaan khas itu adalah antara perkara yang disemak oleh pensyarah penyelia. Guru KDC juga menulis rancangan pengajaran harian dan catatan-catatan lain dalam buku khas praktikum.

Semua pensyarah yang mengajar guru KDC dikehendaki untuk bertugas sebagai pensyarah penyelia. Penyelaras kursus boleh mengarahkan mereka untuk melakukan penyeliaan di mana-mana sahaja. Namun, atas permintaan atau budi bicara, semua pensyarah wanita dan beberapa orang pensyarah lelaki yang sudah berumur mendapat kelonggaran. Kebayakan mereka menyelia di sekolah yang berhampiran atau yang perjalanannya kurang mencabar.

Saya sudah mencatatkan pengalaman saya menyelia guru KDC di SK Paus, Ranau dan SK Malubang, Pitas. Berdasarkan catatan itu, Penyelaras KDC boleh dianggap zalim sekiranya beliau memaksa pensyarah wanita dan pensyarah lelaki yang sudah berumur untuk melakukan penyeliaan di sekolah pedalaman seperti SK Paus dan SK Malubang. Tugas itu mesti dipikul oleh pensyarah lelaki yang masih muda dan berbadan sihat.

Di Maktab Perguruan Sandakan pada tahun 1981 itu, saya pensyarah termuda. Berat badan saya dalam lingkungan lima puluh kilogram. Saya sihat. Kudrat saya kuat. Minat saya untuk mengumpul pengalaman sebanyak-banyaknya sebagai pensyarah penyelia, tinggi. Penyelaras KDC menyedari hal ini. Saya kerap mendapat peluang untuk menyelia guru KDC di sekolah-sekolah yang tersukar perhubungannya.

Penyelia KDC menyediakan senarai nama pensyarah penyelia dan sekolah tempat mereka bertugas. Pada asasnya, penyeliaan itu perlu dilakukan secara bersendirian berdasarkan senarai. Namun, bagi sekolah yang jauh atau sukar perhubungannya, penyelia digalakkan memilih seorang rakan bagi melakukan penyeliaan bersama-sama. Saya kerap menjadi pilihan mereka.

Saya turut menjadi pilihan Encik Ahmad bin Abdul. Umur kami agak jauh perbezaannya. Saya berumur akhir dua puluhan. Umurnya awal empat puluhan. Oleh sebab persahabatan kami rapat dan mesra, dalam perhubungan harian saya memanggil namanya. Saya memanggilnya Ahmad atau ringkasnya Mat. Dia memanggil saya Isa.

Dua kali saya menyelia bersama-sama Ahmad. Sekali pada tahun 1981, iaitu selepas saya menyelia di SK Malubang. Sekali lagi pada tahun 1982. Kedua-dua perjalanan itu mempunyai keistimewaan. Perjalanan pertama ialah ke empat buah sekolah di tengah-tengah negeri Sabah. Perjalanan kedua ialah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan Sugut.

Catatan ini tentang penyeliaan di SK Minusuh dan SK Penangah sahaja. Pada masa itu kedua-dua sekolah ini dan SK Karamuak berada dalam Daerah Kinabatangan. Selepas itu ketiga-tiga sekolah ini termasuk dalam Daerah Kecil Tongod. Pada tahun 1997 Daerah Kecil Tongod dinaik taraf menjadi daerah penuh. Kini ketiga-tiga sekolah ini terletak dalam Daerah Tongod, di tengah-tengah negeri Sabah.

Saya menjangka perjalanan ke sekolah-sekolah itu mencabar. Saya tidak khuatir. Ahmad anak tempatan daripada suku kaum Orang Sungai. Dia biasa mengajar di beberapa buah sekolah di pedalaman, termasuk menjadi guru besar. Dia arif tentang tempat-tempat di Kinabatangan. Dia mempunyai banyak kawan di sana.

Ahmad mengatur perjalanan. Kami menaiki kereta pacuan empat roda milik Sekolah Menengah Vokasional Sandakan. Pemandu kereta itu bernama Bachik. Dia Orang Sungai juga. Usianya hampir sama dengan umur Ahmad. Dia mempunyai pengalaman pemanduan yang luas di Kinabatangan.

Kereta pacuan empat roda itu ialah jenis yang tahan lasak. Pintu hadapannya dua. Bahagian belakangnya terbuka. Hanya bahagian kepalanya bertutup dan ada tempat duduk. Kusyen tempat duduk itu keras. Tiada pendingin hawa. Saya duduk di tengah-tengah, di antara Bachik dengan Ahmad. Tempat tujuan kami yang pertama ialah SK Minusuh. Jalan yang kami lalui ialah jalan utama Sandakan-Telupid-Ranau. Saya sudah kerap menaiki bas dan memandu skuter di jalan itu.

Bachik pemandu yang cermat. Dia memandu kereta perlahan-lahan, termasuk di jalan berturap dari Sandakan ke Batu 32, iaitu simpang tiga yang menghubungkan Sandakan dengan Telupid di barat dan Lahad Datu di tenggara. Selepas Batu 32 hingga ke Telupid jalannya berbatu kelikir dan sebahagiannya hanya tanah liat. Banyak lopak di sepanjang jalan itu.

Kebanyakan kenderaan yang menggunakan jalan itu ialah lori dan kereta pacuan empat roda. Sebarang jenis motosikal tidak kelihatan. Bachik mengurangkan kelajuan apabila berselisih dengan kenderaan berat yang dipandu laju macam syaitan ditampar oleh bomoh, kata pak cik saya. Dia hanya memotong kenderaan tertentu seperti lori yang merangkak ketika mendaki bukit.

SK Minusuh terletak beberapa kilometer sebelum Pekan Telupid. Kereta kami masuk ke simpang di sebelah kanan. Jalan itu tanah biasa tanpa batu kelikir, ada lopak berair, berlumpur dan licin. Kereta yang dipandu oleh Bachik meredah jalan itu hanya dengan gear biasa. Kami tiba di sekolah itu sesudah menempuh perjalanan dan goncangan kereta lebih tiga jam.

Ketika itu waktu rehat. Guru KDC yang akan kami selia menyambut kedatangan kami. Bachik membawa dirinya. Kami melakukan pemeriksaan dokumen dan perbincangan di bilik guru. Semua kerjanya di tahap rendah dan sederhana. Pengajarannya dalam bilik darjah tiada apa-apa keistimewaan. Saya memerhati dia menulis perkataan "ayam" di papan hitam. Bentuk hurufnya elok. Tekanan kapurnya sesuai. Tulisannya mudah dibaca. Cuma masa yang digunakannya untuk menghasilkan perkataan terlalu lama.

Kami meneruskan pemerhatian sambil membuat catatan. Sesekali saya berkata kepada Ahmad dengan suara yang perlahan. Antara perkara yang saya sampaikan ialah lambatnya guru itu menulis di papan hitam. Ahmad tersenyum dan ketawa kecil. Antara tuturnya termasuklah, "Begitulah, Isa. Guru KDC ini lepasan sekolah ini juga. Pengetahuan dan kemahirannya lebih kurang murid. Yang penting, dia terus bertugas. Orang luar tidak mahu ditempatkan di sini."

Saya akur dengan kata-kata Ahmad. Sebelum itu lebih sepuluh orang guru KDC sudah saya selia. Mereka anak tempatan. Kebanyakan mereka berasal dari kampung yang sama atau kampung yang berhampiran.

Saya semakin mengerti bahawa perkhidmatan mereka sangat diperlukan. Saya semakin jelas akan perutusan Jabatan Pelajaran Sabah bahawa rancangan KDC adalah untuk membolehkan mereka menjadi guru tetap. Rancangan itu bukan untuk menapis-buang mereka. Tugas kami ialah melatih dan membimbing mereka sehingga mereka berjaya melepasi semua aspek latihan.

Kami melakukan pascapenyeliaan di bilik guru. Kemesraan antara Ahmad dengan guru KDC itu dan guru-guru lain ketara. Sesi itu meriah dengan kata-kata yang melucukan, senyuman dan tawa. Ahmad yang pernah belajar di luar negara dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai guru dan guru besar, jelas berketerampilan sebagai pembimbing. Bimbingan dan dorongan dalam suasana yang seperti itu amat sesuai dengan guru KDC yang umumnya sudah menjadi pendidik lebih lima tahun.

Kami meninggalkan SK Minusuh beberapa minit selepas pukul satu tengah hari. Sesudah makan tengah hari dan menunaikan solat jamak zuhur dengan asar di Pekan Telupid, kami meneruskan perjalanan ke SK Penangah. Simpang ke sekolah itu terletak sebelum Pekan Telupid tetapi selepas simpang ke SK Minusuh. Jalan ke Kampung Penangah ialah tanah liat kuning tanpa batu kelikir dan berbukit-bukit. Bachik memandu kereta dengan tenang tanpa sekalipun menggunakan kemudahan pacuan empat roda. Perjalanan itu mengambil masa lebih kurang dua jam.

Ahmad dan Bachik memilih rumah guru besar sebagai tempat penginapan. Saya memanfaatkan surau. Di surau itu ada bilik air dan tandas yang amat sederhana. Rumah penduduk kampung agak jauh. Apabila maghrib masuk, saya masih bersendirian. Saya mengumandangkan azan. Sesudah azan, saya menunggu agak lama. Hari sudah mula gelap. Saya tidak dapat mengesan kemudahan pelita atau lampu minyak tanah.

Tidak berapa lama kemudian muncul seorang pemuda. Dia memasang pelita dan kami bersolat jemaah bersama-sama. Selepas bersolat saya berbual dengannya. Saya menjelaskan tujuan saya berada di kampung itu. Dia pula memberitahu saya bahawa surau itu jarang-jarang digunakan. Katanya, sudah lama azan tidak berkumandang di surau itu. Selepas itu dia menjawab pertanyaan saya tentang penduduk kampung, sungai, ikan, udang galah dan beberapa perkara lagi.

Saya mendirikan solat isyak dengan pemuda itu. Selepas solat isyak dia menghilang. Caranya datang dan pergi rasanya aneh. Kini saya terfikir akan kemungkinan dia makhluk khas yang diutus oleh Allah untuk menemani saya. Eh, bulu tengkuk saya berdiri! Apa-apa pun dia dan saya tetap makhluk ciptaan-Nya.

Selepas isyak, Ahmad mengajak saya menikmati hidangan malam di rumah guru besar. Selepas menikmati hidangan, saya mencuba siaran televisyen. Televisyen empat inci hitam putih itu bergabung dengan radio, perakam kaset dan dapat berfungsi sebagai pembesar suara. Usaha saya tidak berhasil. Menurut tuan rumah, siaran televisyen di kawasan itu hanya diperoleh sekiranya antena berada di kedudukan yang tinggi. Siaran itu pula kerap terputus.

Esoknya, sesi prapemerhatian dan pencerapan berjalan lancar. Persediaan guru itu baik. Penyampaiannya berkesan. Perbincangan pascapemerhatian ringkas. Kami bergegas untuk ke SK Karamuak. Kata Bachik, perjalanan dijangka memakan masa. Hujan yang sederhana lebatnya pada malam itu memungkinkan perjalanan mencabar.

Penyeliaan di Kinabatangan 1982 (2): Sup Pelanduk Karamuak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved